Wednesday, January 26, 2011

Layangnya Sepucuk Surat









Tengah sedap-sedap minum coke,
terpijak sehelai ketas yang kelihatan seperi surat..
aku terus sebuah tempat lepak di bawah sebatang pokok yang rendang.
Desir-desir angin sungguh syahdu..
Rambut aku yang lebat belari ke kiri kenan..


"Best jugak kalau aku baca surat orang kan",celoteh aku seorang diri.Surat yang masih mempunbyai sampul itu tidak mempunyai alamat.Kepada **** ,dan suratnya berbunyi...


Rasa itu ini sementara???


Kenapa aku merasakan sangat sukar untuk mencapai satu tahap perasaan yang dalam???
Semuanya aku,
Tidaklah mudah,
Namun,
Pabila tiba aku untuk meneruskan permainan atau lebih enak ceritera sebuah cerita Cinta...
Ia akan menjadi seram dan aku yang akan berundur sedikit demi sedikit..
Adakah aku masih FOBIA??
Adakah aku SERIAU??
atau adakah aku ini TERLALU MEMILIH??


Sudah hampir 2tahun aku mempersendakan perasaan orang sekeliling yang aku kata aku CINTAI..
Aku katakan kepada mereka ..
Kau aku sayang dan kau aku cinta..
Namun setelah aku bosan aku terus tinggalkan mereka terkontang kanting ,
seperti sahaja aku merasakan aku ingin membalas dendam,
namun aku tidak berniat seperti itu...


Arghhh...
Maafkan aku...
Aku jadi seperti ini mungkin kene racun cinta 2 tahun yang lepas..
Kau sungguh hebat ****,
memang sukar untuk membuang engkau walau kita sudah lama tidak bersama lagi...
Kau memang kejam....


Aku cuma berharap kau akan berbahagia bersamanya hingga akhir hayat kau.
Dan aku cume berharap untuk diri aku,
Orang lain boleh menetap di hati aku ini....


yang benar
****


Selesai aku baca surat itu,aku terdiam dan kaku.Kenapakah jalan cerita gadis ini sama seperti jalan cerita aku.Sukarnya dia menerima CINTA seperti aku.Aku mengintai langit dengan melemparkan seluruh nafas aku.Aku berharap cuma satu,CINTA yang datang selepas ini aku harap CINTA yang suci.


Aku membakar rokok dan merebahkan diri di atas rumput yang menghijau.











No comments:

Post a Comment