Thursday, July 21, 2011

Cinta Kerana Cinta atau Cinta Kerana Sex?

Apa khabar suma in!!!!!

Tajuk ni untuk menarik minat pembaca sahaja..haha...(sakai)

hoish...Kelainan ke atas diriku sejak akhir-akhir kini kian dirasai.Sejenak aku memikirkan kanapa aku terlalu memikirkan kehidupan.Pesan orang tua ku kian menjadi pendinding yang teguh dan mantap.Ayat-ayat meraka sangat mendewasakan aku serta menjadikan aku lebih bijak dalam membuat sesebuah keputusan.

Meh aku kongsi satu ayat yang dijelirkan oleh bonda dengan penuh semangat yang jitu..

"Along!Hidup dalam kesederhanaan adalah orang yang berpegang teguh pada agama".

Banyak lagi,tapi baik aku tak payah cerita.Mesti bosan kan?Psttt..kalau korang ada komen untuk tulisan aku habak mai la.Aku boleh taw jugak kelemahan aku dalam sebuah penceritaan.(aku pun tak suka sangat cara aku menulis..(Baku.com sangat).

Sebelum aku merepek lebih panjang,mari aku labelkan cerita-cerita aku sebelum korang minyirap dengan aku.

Blog


Blog bukan Block..
Setelah sekian lama aku lumpuh kini aku bangun dengan semangat baru.Aku harap aku tidak lumpuh lagi selepas ini.Tangan aku menjadi kaku dan kepala aku tidak dapat memikirkan sebarang ayat walaupun idea berlegar-legar dengan riang.

Aku mengakui aku sembuh kerana insan-insan tersayang.

Aku no3


No.3 bukan jersi aku,bukan no rumah aku,bukan tarikh lahir aku atau bukan kedudukan dalam kelas(time periksa zaman sekolah).

Menjelang tahun 2008,kedudukan aku sebagai seorang teman lelaki tidak lagi sah dimana-mana.Kedudukan aku menjadi persoalan buat aku,dia atau sesiapa yang mengaetahuinya.

Aku menganggap ini sebagai jalan cerita yang ditakdirkan untuk aku.Menjelang zaman kolej aku,mula ditemukan dengan gadis-gadis cantik,menarik dan sebagainya.Dalam  sunyi tanpa teman istimewa muncul seorang gadis yang cantik,berpewatakan menarik dan "super".Diterjemahkan dalam hubungan teman tapi mesra sehingga tahap babak selalu dalam drama..

"sudikah awak menjadi teman wanita saya?",mengharapkan YA didalam hati.Keadaan sunyi sambil ditemani angin sepoi-sepoi bahasa menghembusi setiap sisi kulit aku.

"saya bukan tak nak terima awak,tapi saya lagi suka kita macam ni je",raut wajah serba salah.

Lama kelamaan kantoi bahawasanya dia sudah dimiliki oleh orang lain.Aku ni cuma seorang yang akan menghancurkan rumah tangga mereka.Lagi sedap orang ketiga yang muncul dalam percintaan "Adam dan Hawa","Romeo and Juliat" mahupun "Seth Tan dan Nora Elena".

Pada mulanya amat sukar untuk aku menerima keadaan ini,namun setelah befikir serta diberikan semangat oleh rakan-rakan seperjuangan,aku kembali kepada asal walaupun setengah dari jantung aku telah terkoyak.

Bukan sekali sahaja aku dikaitkan dengan no.3 malah beberapa kali aku teperangkap.Dalam kitaran hidup aku sering dikejutkan dengan perjalanan yang mencabar kewibawaan aku sebagai lelaki tanpa pasangan.Sehingga sekarang aku masih lagi penyebab kemusnahan perhubungan sebuah pasangan.(annoying)

Walau aku sekadar di pinggiran aku tetap BAHAGIA.Aku merasa aku sangat beruntung.

Untung


Kalau aku dengan dia,aku merasakan aku seperti dalam sebuah mimpi.Mimpi yang sangat indah.Saat aku melihat matanya yang selalu dibesar-besarkan,mulutnya diserikan dengan bibir yang cantik serta susunan gigi yang teratur,rambutnya kadang diikat kadang dilepaskan yang bewarna hitam pekat,pegerakan badan yang teratur dilangsungkan dengan sifat-sifat gadis manja,dan ini aku paling-paling suka bila dia tersipu malu,ape mat saleh kate "blushing"..haa...wuhai..Dia ni selalu je buat aku jadi blur-blur,dia suka usik aku la lebih kurang tapi takpe aku suke.

Gile habak hang,bedarah hidung.Betul rasa gembira yang teramat sangat.Aku tak taw nak gambarkan keriangan aku waktu tu.Walau macam mana pun aku dengan dia mempunyai batas kerana sedia maklum aku no3.Aku tak kisah kerana dari awal perkenalan dia telah memberitahu aku tentang statusnya.Yeaaaa..

Aku bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk atau apa-apa.Aku menulis tentang dia kerana jika aku tidak menulis tentangnya aku merupakan manusia dalam kerugian dan aku tidak akan aman.Kisah tidak sempurna jika disimpan dalam hati dan tidak di coretkan.

Papan House 2.0


Ni bukan nak cerita pasal perhimpunan BERSIH,KOTOR atau COMOT,ni pasal rumah sewa aku yang telah  menjadi amat meriah dengan ketibaan 5 penghuni baru.Aku merasakan amat besyukur kerana mereka menjadi sebahagian keluarga aku di Kemaman.

Kami juga diserikan dengan dua buah bilik,pada asalnya rumah ini ada satu bilik dan dijadikan stor untuk kami,namun setekah dikemaskinikan oleh kami,bilik itu menjadi BILIK(ayat maca).Bilik no2 pula direka khas oleh SENUK,bukan nama sebenar.

Yang penting sekarang aku rasa seronok bila dekat rumah.yeaaaaaa....(cite tak penting pun nak bubuh)

KAWAN


Kawan yang aku nak maksudkan dekat sini bukan sebarang kawanDiorang ni GULA dalam kitaran hidup aku,maksud aku dekat sini kalau ada diaorang sekali dalam satu hal kompem hasilnya menawan.Kawan aku yang ni memang champion-champion.Jempol no1(men petik),walau macam mana korang punya perangai aku tetap sayang beb.Walau kadang-kadang aku bengang,tidak bermaksud aku membenci korang selama-lamanya.Harap korang pun boleh terima perangai aku yang cepat BENGANG dengan benda yang tak kene dengan hati aku.Taw-taw..

Lam Hou Yeah,Muhammad Aasim,Zulkiflie Rodzli.
Sayang korang kot.Sayang aku tak?Aku tak mabuk taw.

Tips Untuk Orang Hormat Kita


Benda ni paling senang sekali atas dunia yang kecik ni.Tak kisah la korang TIGALINE,EMPATLINE,LIMALINE atau berikutnya.Nak orang hormat kita,kita kenalah hormat orang,tak kisahlah walau macam mana kau tak suka orang tu.Walau macam mana orang tu,miskin atau kaya,cantik atau buruk,sempurna atau cacat,tua atau muda.

Aku paling pantang kalau budak bawah umur aku kalau cakap dengan aku dengan cara biadap.Ingat aku adik-adik.Wuhai,betul mencabar kewibawaan aku sebagai seorang petani moden(tak ada kaitan pun,harapan dapat membuat pembaca ketawa)sambung balik cerita,tolong la.Selalu orang yang selalu aku pukul telantar seminggu kot.Jadi tolonglah hormat antara satu sama lain ok.(gila gangster.ahahaha..sakai-sakai..).


Penat


Ni bukan tajuk kecik,ni lebih kurang penutup.Harap korang tehibur atas persembahan aku di atas.Sory sebab kurang mantap,maklumlah baru sembuh dari lumpuh.Lagi satu kalau ada tersalah bahasa atau tersalah eja,sory ye.Kalau terasa tak dapat den nak nolongnye.


Ok..Have a nice day(prottttttttttt)terkentut sambil jari telunjuk dalam hidung.haha..bye...

No comments:

Post a Comment