Saturday, March 5, 2011

Seram Sejuk Kali Ini!

  Selamat pagi kepada siapa yang membaca ketika waktu pagi!!!
  Selamat tengah hari kepada siapa yang membaca pada waktu tengah hari!!!
  Selamat petang kepada siapa yang membuka ketika waktu petang!!!
  &
  Selamat malam kepada siapa mengOPEN blog aku pada waktu malam!!!

Aku mencuba untuk membuat permulaan pembacaan yang menarik supaya pembaca-pembaca tidak bosan dengan tulisan aku yang semakin merosot.Dari segi pengunaan bahasa,tanda seru,simpulan bahasa,monolog dan gaya bahasa sebagainya.

Aku bukannya bijak!!!
Aku bukannya A.Samad Said!!!
Aku bukan siapa-siapa yang handal dalam penulisan!!!
Aku ialah Muzaffar yang selalu mengelabah ketika menulis!!!

Itulah aku MA yang selalu kelaut apabila becerita.Asalnya nak bagi sedikit info lepas tu,ambik kau...
hahahaha....

Selalunya aku becerita pasal diri aku,harapan aku,khayalan aku,perasaan aku dan hari ini akan aku becerita pasal Hantu.Haa..
Jangan kejut.....

Yang Pertama
Aku menghidupkan komputer riba aku untuk melayari laman sosial yang popular masa kini,FaceBook.Aku yang baru sahaja tiga hari memasuki rumah sewa,selepas keluar dari hostel atas sebab-sebab tertentu.Kami yang tinggal berlima di sebuah rumah teres setingkat.

Semenjak aku masuk ke dalam rumah ini aku merasakan ada sesuatu yang sedang memerhati kami.Aku tinggal di master bedroom dengan tiga orang sahabat aku.Jam di laptop menunjukkan jam 12.00am.Aku shaja yang belum tidur kerana tidak mengantuk lagi.

Aku memasang lagu kegemaran aku untuk menghilangkan rasa takut.
~budi bahasa budaya kita~
kores yang diminati oleh aku.Lagu yang didendangkan oleh Dato Siti Nurhaliza diminati oleh aku sejak dibangku simpanan lagi,opss bangku sekolah menegah.

Tengah asyik menyanyi dan surf  internet Salman sahabat aku pergi ke tandas dan membuka lampu bilik.Tandas yang terletak di dalam bilik kami sahaja,namun kelakian Salman yang kurang padu dan syahdu menganggu mata kami dengan silauan cahaya lampu yang tadinya tidak begemerlapan.(Ada ke ayat silauan?).

Aku seperti sahaja melihat seperti lelaki yang besar dan tinggi.Warnanya hitam.Deruan adrenelin menyala dengan sendirinya dan kaku seperti tugu negara.Berpeluh satu badan dan teketar-ketar.Lembaga itu tegak bediri di sebelah pintu tandas,kedudukannya di belakang almari.

Lembaga itu tidak mempunyai muka dan bayangkan sahaja bertapa seramnya pada waktu itu.Ya Allah,hanya Kau sahaja yang mengerti perasaan aku ketika ini.Salman keluar bilik air dengan muka yang rilex dan memadamkan suis lampu.Kedudukan suis lampu itu betul-betul berada di hadapan lembaga itu.Namun Salman tidak dapat melihat apa yang aku lihat.

Aku yang kaku macam paku ditegur oleh Salman,
"Kau kenapa ni?Tadi bukan main budi bahasa budaya kita,sekarang macam patung Hitler da aku tengok"teguran bersahaja dari Salman.

Menarik nafas panjang dan hembuskan perlahan-lahan dan memulakan percakapan,
"Aku ok je gang!Tetiba rase macam nak main golf pulak malam ni",aku cuba membuat lawak supaya aku tenang dan tidak mahu Salman yang kurang berani degan benda-benda macam ni.Lihat sahaja ke tandas pun mahu membuka lampu.Keadaan menjadi riuh dengan ketawa Salman yang tidak faham bahasa bahawa dia tinggal bejiran.

Ketakutan aku masih di tahap maksima.Benda yang aku nampak itu masih tidak berganjak walaupun sesaat.Aku dengan kadar segera menutup komputer riba aku dan menarik selimut lalu tidur.Keesokan harinya aku sedar dari tidur,lembaga itu sudah tiada.Aku menceritakan kepada Salman dan rakan-rakan serumah aku dengan benda yang aku lihat.

Pada asalnya aku tidak mahu becerita,namun aku sendiri sudah tidak tahan kerana apabila malam menjelma,maka lembaga itu juga akan menjelma di tempat yang sama.Seram habak hang.Selepas aku menceritakan kepada mereka,reaksi muka berubah lebih-lebih lagi Salman.Seperti sahaja aku melihat dia mahu menagis dan benar Salman menagis.hahaha..

Semenjak hari itu,kami tidak tidur di dalam berkenaan.Bilik itu hanya kami buat stor simpanan.Seram bukan,mereka bersimpati dan kadang-kadang takut melihat aku kerana kelebihan aku yang dikurniakan sejak
dua tahun lepas.Aku pada mulanya tidak dapat menerima semua ini,namun aku sudah lali dengan Hantu.Tetapi masih seram apabila ternampak kelibat-kelibat mahluk ciptaan Allah seperti kita juga.

Yang Kedua
Kebosanan melanda kami sejak akhir-akhir ini,jadi kami mengambil keputusan untuk besiar-siar di Frem Kepongan untuk mendalami nikmat alam semula jadi.Kami berempat sahaja,kerana Jamal keluar berdating dengan Fatimah.Kami menaiki sebuah kereta buatan Malawe yang popular dengan penjimatan tahap Ultra7 dan Masked Rider iaitu VAVI.

Kereta yang dibayar setiap bulan oleh Kasim hasil titik peluhnya menebar roti canai pada malam harinya membuahkan hasil.Kami berempat dengan muka lagak ngeri dengan harapan dapat menarik perhatian gadis-gadis yang berjoging mahupun mencari bakal BF ataupun jejaka-jejaka yang mempunyai sebuah RXX supaya mereka lebih mudah untuk terjebak dengan aksi menayang pungung ketika menungang.

Jalan punya jalan,sambil mengucapkan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas kekuasaannya mencipta sekalian alam,Kasim menyapa kami,
"Woih,aku haus lah,aku pergi beli air kejap taw",dengan muka haus sesangat(ada ke ayat sesangat?)

"Yeke,ok!Beli air kacak-kacak sikit Kasim!",aku dengan sesedap rasa tanpa menghulur sesen dan menyuruh
Kasim.Kasihan Kasim.Sory Kasim.hahahha..

Sudah setengah jam kami di sini,namun kelibat Kasim masih tidak kelihatan.Jam pada waktu itu sudah menujukkan 7.01pm.Suasana hutan itu sudah semakin gelap dan pengunjung sudah semakin bekurangan sedikit demi sedikit.Kami lepak di sebuah meja bulat yang disediakan oleh pihak FRIM,ketibaan yang dipertuan Kasim masih kami nantikan.Ketibaan nyamuk-nyamuk saiz gajah bediri memang tahap kawat kaki polis.(cuba untuk menghiburkan hati-hati sang pembaca).

"Salman!Bak mai kotok gesek(lighter dalam bahasa Kelantan)."Aku mahu menghidupkan ubat nyamuk istimewa.Rokok filter yang ada gambar dada kene belah dan tulisan Amaran.

Kami berasap dekat sisi hutan itu,duduk ala-ala gangster kampung yang tidak mengerti bertapa bencinya bila warga emas melihat cara kami duduk.Kaki kalau boleh nak bubuh atas bahu mamber.hahaha..Anak muda!Anak muda!...

Sedang asyik bersembang tiba-tiba aku melihat dari jauh di celahan pokok-pokok besar,mucul seorang lelaki.Badannya besar dan hitam sama macam "yang pertama" cumanya ini saiz besar.Aku apa lagi,mengucap panjang dalam hati.Tadinya suara aku besuara riuh kini berdiam sahaja dan memerhatikan kelibat itu.

Lembaga itu makin lama makin hampir ke arah kami,aku hanya diam dan memerhati.Lembaga itu duduk di belakang Salman dan melihat kami berbual.Aku seperti sahaja mahu terkencing dalam seluar kerana keadaan waktu itu benar-benar seram,pokok besar-besar,gelap tambah lagi ada lembaga itu di sini.

Yang aku mampu selaku hamba Allah,menyebut kalimahnya dan tawakal.Tiba-tiba Salman besuara,
"Aku rasa macam semacam la maca!Yang Kasim ni pergi beli air atau buat air?Call tak nak angkat!Sakai la"..

Lembaga itu seperti sedang memegang Salman,tetapi Salman tidak merasakannya dan melihatnya.Cuma nalurinya membuatkan dia merasa seram.Jam di phon aku menunjukkan pukul 8.00pm.Dan kelihatan kereta Kasim menuju ke sini.Kami terus belari menuju kereta dan menyuruh Kasim gerak.

Di dalam kereta Kasim meminta maaf kerana sebentar tadi dia sesat.Walaupun jalan ke sini amatlah senang dan pendek.Aku masih lagi dalam keadaan keras.Kemudian Kasim berkata,
"Sekejap beb!Aku nak beli roti jap."

Aku terdiam dan menjadi lebih mengigil.Kelihatan rakan-rakan aku yang lain pucat lesi,seperti mahu menangis sahaja riak wajah mereka.Kasim turun kereta dan ke longkang.

Sebenarnya kami masih di area FREM,belum keluar lagi.Tiada kedai di situ,yang ada cuma pokok-pokok sahaja.Kasim seperti sahaja terpukau,aku memberanikan diri dan menarik tangan Kasim ke dalam kereta dan  lafaz "dengan nama Allah maha Besar" aku menepuk belakang Kasim.

Kasim berjaya mengawal diri dan berkata "aku rasa tak sedap la".Kami semua diam sahaja,lebih-lebih aku yang nampak benda alah tu.Kami mengambil keputusan untuk berhenti di sebuah kedai makan behampiran rumah kami.

Perasaan takut semakin hilang di wajah rakan-rakan aku,sedangkan benda itu masih ada di belakang aku.Aku hanya mendiamkan kerana aku tidak mahu mereka merasa takut.Aku merasakan mahluk ini marah pada kami mungkin kerana tadi kami memijak rumahnya.

Selesai makan kami berangkat pulang ke rumah sewa kami dan aku malam itu juga aku becerita kepada mereka.Fuhhh,mereka punya lah pucat dan aku menyruh mereka mandi dan sembahyang.Supaya benda ini hilang tidak menganggu lagi.

Selesai
OK!!!
Sebenarnya ada lagi sebuah lagi cerita seram yang betul-betul seram.Aku tidak mahu menceritakan kerana aku pun rase seram.

Cerita-cerita ini merupakan kisah benar seseorang.Cumanya aku menukar watak,latar tempat dan gaya bahasa.

Cerita seram ini diceritakan oleh dia yang mempunyai kelebihan melihat alam lain.Sungguh aku tidak menyangka bahawa dia boleh melihat alam itu.Namun dia sudah lali membuatkan dia KUAT.

Yaa!!
Dia memang gadis yang kuat,walaupun tengok dia lemah lembut,ayu.Hasihh...
"Awak membuatkan saya takut untuk ke tandas di papan house,macam ada orang mengintai je lepas dengar cerita awak",

Aku sebenarnya berani tapi buat-buat takut..
lalalalalalalalala....

Urm....So jumpa dalam entry yang akan datang,
kalau ada salah bahasa,maafkan aku..
6.34am ,time to sleep bebeh!!

p/s=rambut!rambut!rambut!
       krooooooohhhhhhh(bunyi bekeruh)



4 comments: