Thursday, July 21, 2011

Cinta Kerana Cinta atau Cinta Kerana Sex?

Apa khabar suma in!!!!!

Tajuk ni untuk menarik minat pembaca sahaja..haha...(sakai)

hoish...Kelainan ke atas diriku sejak akhir-akhir kini kian dirasai.Sejenak aku memikirkan kanapa aku terlalu memikirkan kehidupan.Pesan orang tua ku kian menjadi pendinding yang teguh dan mantap.Ayat-ayat meraka sangat mendewasakan aku serta menjadikan aku lebih bijak dalam membuat sesebuah keputusan.

Meh aku kongsi satu ayat yang dijelirkan oleh bonda dengan penuh semangat yang jitu..

"Along!Hidup dalam kesederhanaan adalah orang yang berpegang teguh pada agama".

Banyak lagi,tapi baik aku tak payah cerita.Mesti bosan kan?Psttt..kalau korang ada komen untuk tulisan aku habak mai la.Aku boleh taw jugak kelemahan aku dalam sebuah penceritaan.(aku pun tak suka sangat cara aku menulis..(Baku.com sangat).

Sebelum aku merepek lebih panjang,mari aku labelkan cerita-cerita aku sebelum korang minyirap dengan aku.

Blog


Blog bukan Block..
Setelah sekian lama aku lumpuh kini aku bangun dengan semangat baru.Aku harap aku tidak lumpuh lagi selepas ini.Tangan aku menjadi kaku dan kepala aku tidak dapat memikirkan sebarang ayat walaupun idea berlegar-legar dengan riang.

Aku mengakui aku sembuh kerana insan-insan tersayang.

Aku no3


No.3 bukan jersi aku,bukan no rumah aku,bukan tarikh lahir aku atau bukan kedudukan dalam kelas(time periksa zaman sekolah).

Menjelang tahun 2008,kedudukan aku sebagai seorang teman lelaki tidak lagi sah dimana-mana.Kedudukan aku menjadi persoalan buat aku,dia atau sesiapa yang mengaetahuinya.

Aku menganggap ini sebagai jalan cerita yang ditakdirkan untuk aku.Menjelang zaman kolej aku,mula ditemukan dengan gadis-gadis cantik,menarik dan sebagainya.Dalam  sunyi tanpa teman istimewa muncul seorang gadis yang cantik,berpewatakan menarik dan "super".Diterjemahkan dalam hubungan teman tapi mesra sehingga tahap babak selalu dalam drama..

"sudikah awak menjadi teman wanita saya?",mengharapkan YA didalam hati.Keadaan sunyi sambil ditemani angin sepoi-sepoi bahasa menghembusi setiap sisi kulit aku.

"saya bukan tak nak terima awak,tapi saya lagi suka kita macam ni je",raut wajah serba salah.

Lama kelamaan kantoi bahawasanya dia sudah dimiliki oleh orang lain.Aku ni cuma seorang yang akan menghancurkan rumah tangga mereka.Lagi sedap orang ketiga yang muncul dalam percintaan "Adam dan Hawa","Romeo and Juliat" mahupun "Seth Tan dan Nora Elena".

Pada mulanya amat sukar untuk aku menerima keadaan ini,namun setelah befikir serta diberikan semangat oleh rakan-rakan seperjuangan,aku kembali kepada asal walaupun setengah dari jantung aku telah terkoyak.

Bukan sekali sahaja aku dikaitkan dengan no.3 malah beberapa kali aku teperangkap.Dalam kitaran hidup aku sering dikejutkan dengan perjalanan yang mencabar kewibawaan aku sebagai lelaki tanpa pasangan.Sehingga sekarang aku masih lagi penyebab kemusnahan perhubungan sebuah pasangan.(annoying)

Walau aku sekadar di pinggiran aku tetap BAHAGIA.Aku merasa aku sangat beruntung.

Untung


Kalau aku dengan dia,aku merasakan aku seperti dalam sebuah mimpi.Mimpi yang sangat indah.Saat aku melihat matanya yang selalu dibesar-besarkan,mulutnya diserikan dengan bibir yang cantik serta susunan gigi yang teratur,rambutnya kadang diikat kadang dilepaskan yang bewarna hitam pekat,pegerakan badan yang teratur dilangsungkan dengan sifat-sifat gadis manja,dan ini aku paling-paling suka bila dia tersipu malu,ape mat saleh kate "blushing"..haa...wuhai..Dia ni selalu je buat aku jadi blur-blur,dia suka usik aku la lebih kurang tapi takpe aku suke.

Gile habak hang,bedarah hidung.Betul rasa gembira yang teramat sangat.Aku tak taw nak gambarkan keriangan aku waktu tu.Walau macam mana pun aku dengan dia mempunyai batas kerana sedia maklum aku no3.Aku tak kisah kerana dari awal perkenalan dia telah memberitahu aku tentang statusnya.Yeaaaa..

Aku bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk atau apa-apa.Aku menulis tentang dia kerana jika aku tidak menulis tentangnya aku merupakan manusia dalam kerugian dan aku tidak akan aman.Kisah tidak sempurna jika disimpan dalam hati dan tidak di coretkan.

Papan House 2.0


Ni bukan nak cerita pasal perhimpunan BERSIH,KOTOR atau COMOT,ni pasal rumah sewa aku yang telah  menjadi amat meriah dengan ketibaan 5 penghuni baru.Aku merasakan amat besyukur kerana mereka menjadi sebahagian keluarga aku di Kemaman.

Kami juga diserikan dengan dua buah bilik,pada asalnya rumah ini ada satu bilik dan dijadikan stor untuk kami,namun setekah dikemaskinikan oleh kami,bilik itu menjadi BILIK(ayat maca).Bilik no2 pula direka khas oleh SENUK,bukan nama sebenar.

Yang penting sekarang aku rasa seronok bila dekat rumah.yeaaaaaa....(cite tak penting pun nak bubuh)

KAWAN


Kawan yang aku nak maksudkan dekat sini bukan sebarang kawanDiorang ni GULA dalam kitaran hidup aku,maksud aku dekat sini kalau ada diaorang sekali dalam satu hal kompem hasilnya menawan.Kawan aku yang ni memang champion-champion.Jempol no1(men petik),walau macam mana korang punya perangai aku tetap sayang beb.Walau kadang-kadang aku bengang,tidak bermaksud aku membenci korang selama-lamanya.Harap korang pun boleh terima perangai aku yang cepat BENGANG dengan benda yang tak kene dengan hati aku.Taw-taw..

Lam Hou Yeah,Muhammad Aasim,Zulkiflie Rodzli.
Sayang korang kot.Sayang aku tak?Aku tak mabuk taw.

Tips Untuk Orang Hormat Kita


Benda ni paling senang sekali atas dunia yang kecik ni.Tak kisah la korang TIGALINE,EMPATLINE,LIMALINE atau berikutnya.Nak orang hormat kita,kita kenalah hormat orang,tak kisahlah walau macam mana kau tak suka orang tu.Walau macam mana orang tu,miskin atau kaya,cantik atau buruk,sempurna atau cacat,tua atau muda.

Aku paling pantang kalau budak bawah umur aku kalau cakap dengan aku dengan cara biadap.Ingat aku adik-adik.Wuhai,betul mencabar kewibawaan aku sebagai seorang petani moden(tak ada kaitan pun,harapan dapat membuat pembaca ketawa)sambung balik cerita,tolong la.Selalu orang yang selalu aku pukul telantar seminggu kot.Jadi tolonglah hormat antara satu sama lain ok.(gila gangster.ahahaha..sakai-sakai..).


Penat


Ni bukan tajuk kecik,ni lebih kurang penutup.Harap korang tehibur atas persembahan aku di atas.Sory sebab kurang mantap,maklumlah baru sembuh dari lumpuh.Lagi satu kalau ada tersalah bahasa atau tersalah eja,sory ye.Kalau terasa tak dapat den nak nolongnye.


Ok..Have a nice day(prottttttttttt)terkentut sambil jari telunjuk dalam hidung.haha..bye...

Wednesday, July 20, 2011

Down Payment-pendahuluanKu

   Setelah sekian lama aku menyepi dalam keriuhan,kini aku bangun dengan bertongkatkan semangat lama yang diberi nafas baru.Sangat sukar untuk aku hendak memulakan tulisan ini,sebelum terlupa aku ingin mengucapkan berjuta-juta terima kasih kepada pengikut-pengikut(bajet) aku yang tidak pernah bosan untuk mengikuti perkembangan tulisan aku dan memberikan komen-komen yang memberangsangkan.
  
   Aku amat bersyukur kehadarat Ilahi atas kurniaanNya,memberikan aku,kau kita semua sebuah PERASAAN.Perasaan ini amatlah unik dan jika diberi pengisian yang benar akan membuatkan kita menghargai setiap detik yang ada dengan kita dengan mengaplikasikan dengan pelbagai cara seperti lukisan,tulisan,nyayian dan pelbagai cara lagi.Salah satu cara yang aku gunakan ialah dengan tulisan.


p/s-rasa ini cukup indah (mood-belaian jiwa)



   

   

Friday, July 1, 2011

"siapa lagi nak jaga INI MALAYSIA???tolonglah MATANG!!!"

"nak idea!!!!nak idea!!!aku hilang cara aku!!!!" sekejap-sekejap!!

Keamanan bukan senang hendak dicapai..moyang aku bukan payah lagi nak merdekakan negara aku ni..
Angpa nak jadi anjing menayalak sana sini..fikir la...nanti ada yang mampos salah kan sana,salahkan sini..fikir lagi....

Keamanan ni bukan senang nak dapat..kalau kita fikir kita susah ,ada lagi yang susah..10x ganda pun ada...CIBAI la...rasa macam tak sayang Malaysia ke???haaaa???tak sayang ke???apasal???tak cukup makan???mau pergi negara lain????

gile parah...1st time aku rasa aku menyalak tak tentu pasal..sebab aku sayang negara aku..SUMPAH...

-BLOG TAK RASMI.

Thursday, June 9, 2011

UNTUNG LAH ADA AWEK

UNTUNGLAH ADA AWEK!!!!

-haish..seronok tengok mamber-mamber berkasih sayang

Thursday, April 14, 2011

Tarik Jari Telunjuk Dan Masukkan Ke Dalam Hidung Anda.


Warning!!!
Amaran buat semua pembaca.Anda disarankan membaca bedasarkan tajuk yang anda minat sahaja.Kerana ia akan menyebabkan anda buasir atau keguguran rambut akibat membaca ruangan ini yang panjang berjela-jela.Tetapi sesiapa yang mempunyai stamina yang tinggi,anda layak untuk selam semua tulisan ini.


Tangan Keras 

Selalunya kita mendengar tangan panjang tapi kali ini setelah diadaptasi menjadi tangan keras.Maksud tangan panjang ialah mencuri dan maksud tangan keras pada aku ialah berat tulang.Tak ada kaitan bukan,sebenarnya aku ingin menceritakan bertapa susahnya aku ingin bekarya di ruangan ini.

Kejohanan Itu Ini

Ahad lalu aku menyertai pasukan bola sepak aku.Aku yang secara kebetulan mendapat cuti setelah habis midterm,lantas terus beraksi di dalam kejohanan itu.Kejohanan bola sepak 9 sebelah yang dianjurkan oleh sebuah parti yang aku rasa tidak perlu diceritakan di sini.Kerna apa,undi itu rahsia.Sekali lagi itu tiada kaitan.

Namn rezeki tidak menyebelahi kami di mana kami gagal ke suku akhir setelah ditentukan dalam sepakan penalti.Kesedihan jelas tepancar di muka aku kerana aku gagal menjaringkan sebiji gol walhal aku ialah seorang penyerang.Maafkan aku kawan-kawan.

Namun aku berjanji akan membalas dendam di kejohanan lain.Tak perlu becerita.

Bukan Pink & Bukan Juga Hijau

Aku kerap kali meletakkan warna-warna pilihan aku di dalam status aku.Hampir satu bulan aku memikirkan tentang warna dan jenis.Aku mengambil kira dari semua aspek sama ada kawalan,kelajuan dan sebagainya.

Anda yang belum dapat tangkap pasti tertanya-tanya tentang apa aku membebel ini.Haaaaa

Jangan Kejut,kerana ini bukan segmen jangan kejut.(mencuba mengerikan anda dengan lawak-lawak bunga rampai).

Kembali kepada cerita,NIKE mengeluarkan produk tebaru yang membuatkan aku terlibas-libas bulu mata aku melihatnya.Yeahhh...itu dia MECURIAL SUPERFLY FGIII yang bewarna purple.Aku terus meletakkan target aku bahwasanya itu dia isteriku di padang.

Lantas membelinya tanpa memikirkan soal "ada ke kau duit untuk menempuh sebulan ini" dan "aku ialah insan yang dirantaikan hutang".hahaha...

Kembali sekali lagi,kepuasan jelas terasa apabila belari dan mengawalnya.Ternyata awsome.Ok,cerita ini tak best sebenarnya.

Periksa Pertengahan Tahun

tettttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt.................malas nak cerita pasal ni.ok da cuti dan sekarang sudah sedia untuk kembali ke Kemaman.

Masa/Waktu/Hari/Roti Bakar???

Masa jelas mencemburui kita.Sakit burit aku dengar ayat ni.haha..

Jelas kelihatan masa sangat-sangat pantas berlalu dan berlaku.Bak kata orang sekarang pejam celik pejam celik dan seminggu.Pejam celik pejam celik sudah sebulan.

Jika mengikut analisa yang aku lakukan,semakin kita menuju Kiamat atau lebih sedap lagi akhir zaman maka semakin pantas masa itu belari.Jadi usah bazirkan masa anda,marilah kita mencatat kepuasan demi kepuasan supaya tiada penyesalan.hahaha..(cerita pasal diri aku yang selalu ditinggalkan masa,damn)hahah..

The Strokes ke Malaysia!!!

Pasti ramai yang sudah tahu tentang khabar angin yang dicipta oleh pihak-pihak tertentu.Mungkin mereka merasakan ini kelakar.Kelihatan warga-warga FB yang meminati band ini jelas betukar kelam kabut dengan membuat research.Adakah benar band ini akan bertandang seperti jin bertendang di Kuala Lumpur.Dan ini pandangan aku dari sudut Positif dan Negatif

Positif
Untuk sedapkan hati aku,aku menyatakan bahawasanya mungkin The Strokes sudah tertarik dengan Malaysia.Dan ini paling penting,orang yang membuat flyers itu pasti memikirkan tentang sponser-sponser yang disenaraikan.Maxis,Junk dan sebagainya merupakan nama besar,sudah pasti dia memikirkan tentang saman yang akan dikenakan.urm...bijaknya..

Negatif
Harga serendah RM40 dan pasti ini bukan persembahan band rock Malaysia KRISTAL.Renungkan...

Serba Salah

Kunjungan sahabat aku dari Terengganu ke Kuala Lumpur yang dicemarkan dengan kesongengan aku.Aku merasakan aku seperti sangat serba salah apabila lewat menjemputnya di Pekeliling.Aku bukan sengaja lewat namun kesesakan di konsert yang diadakan di KLCC sangatlah benar.(Hoobastank)Aku lewat 2 jam menjemputnyanya.

Sesalan yang kedua ialah pada hari ke-3 nya disini,aku yang tidak menghidupkan phon dan tidur mati selepas kejohanan menyebabkan dia terus mengambil tiket dan pulang ke Terengganu.Dia yang menginap di sebuah apartment rakannya(tetttt) di Saujana Damansara yang kemudian tiada arah tuju.

Aku mengeluarkan masej memohon maaf atas kesalahan aku dan dimaafkannya namun aku masih rasa bersalah.Dia yang aku nyatakan ialah Shahrimie rakan kolej aku dan rakan serumah aku di Kemaman.Aku akan pastikan kesalahan ini tidak akan berulang lagi.

Tetttttttttttttttt.......

Tettttt merupakan lawak yang ditemukan oleh sekumpulan orang asli Gua Tempurung.Lawak ini jika dikendalikan dengan baik dapat mengukir senyuman dan silap dikendalikan akan menyebakan rasa bengang dan seperti sahaja anda mahu mengunakan tenaga zahir dan batin anda untuk memukul dan mencaci pemangsa.

Tetttttt dalam bahasa sains ialah "anda kena" ,dalam bahasa 1Malaysia "bodoh" dan dalam bahasa budak-budak zama sekarang "prottt" maknanya anda kene kenceng.

Macam seronok bukan.Jadi mari berikan satu contoh yang mudah,

"Rozita Che Wan ke tu?",dengan muka bersungguh dan memandang satu arah.Pastikan waktu itu teman-teman anda pandang pada tempat anda pandang.Jika ada yang terpandang anda terus menekan mana-mana tempat dan bayangkan tempat itu buzzle dan menyebut "tetttttttt".

Anda sudah faham.Pratikkinnya jika anda jenis sukakan kenekan rakan-rakan anda.Sangat mudah dan ia menyeronokkan.

Jangan Terus Kelihatan Bangang

Sesungguhnya jikalau kita merasakan orang sudah meluat dan kau sendiri sudah dengar orang kutuk pasal kau,lekas lah kau mengambil hati mereka kembali dan kawal kebdohan yang kau sering cipta.Sumpah aku cakap aku memang tak suka perangai kau walaupun aku jarang ada di sini dan bercakap dengan kau.

Ini ada kaitan dengan entry aku yang sebelum ini dengan tajuk yang terang-terangan aku meluat.Ulang tajuk "Kepala Kau Di Kaki Ku".

Sedikit sebanyak pasal "Boy" bukan nama sebenar,boy ni jenis cakap sedap mulut dia sahaja.Dia ni senang cerita jahatlah.Pencuri idea,pencuri gaya dan macam-macam dia curi,mujur tak curi barang-barang dan wang ringgit sahaja.Kalau tak mesti da kene pijak da.

Haishhh...
Kalau nak cerita pasal dia ni sampai besok pun tak sudah.Satu je yang aku harapkan,kepada kawan-kawan dia,harap besabar dengan perangai dia.Kita kumpul banyak-banyak lemak dia.Dan Boy aku harap kau sedar Boy,ni demi masa depan kau juga,nanti kalau kau da berumah tangga kasihan bini dan anak-anak kau.Ehh,ehh...

Aku nak pijak kau senang je,tapi aku tak sekejam itu walaupun aku seorang Tiga Line.hahahahaha...ke macam mana?haha..Tolong belajar hormat orang lain Boy.

Kompilasi Terabaik 

Setelah kelihatan garang di atas ni ayuh kembali kepada mood senyum sokmo.Ceritanya bermula seperti ini...

Pada satu malam,sekumpulan anak muda yang baru sahaja pulang dari bermain futsal dan singgah untuk menghilangkan haus di sebuah restoran.Mereka jelas kelihatan gembira kerana dapat melakukan aktiviti kegemaran mereka.Biasalah kan anak muda kalau sudah ramai pasti betukar riuh.

Mata aku rabak sekarang,malas aku nak cerita panjang-panjang dan yang pastinya sesudah minum aku dan Aasim gelak sehingga menitiskan air mata dan menegangkan urat perut dengan lawak MUKA SAYA DITAMPALNYA TAIK HIDUNG SAIZ GERGASI.kalau tak kelakar yang ini aku ada yang ini OK!MASUKKAN KEDUA-DUA JARI TELUNJUK DAN MASUKKAN KE DALAM HIDUNG ANDA.

Kalau tak kelakar lagi,peduli apa aku.Aku mengantok sekarang ni.Apa yang menjadikan ia terbaik kerana kami ketawa hampir setengah jam.Anda boleh lakukan?Lakukan sekarang untuk mendapat takhta Kompilasi Terbaik.

U E F A


Sekarang sudah sampai penghujungnya kejohanan Eropah yang temahsyur ini.Aku berasa lega kerana team aku Manchester United telah berjaya di kelompok 4 yang terbaik.MU akan menentang Shckle04 dan Real Madrid akan menetang Barcalona.

Agak sukar team mananakah yang akan berjaya berada di final kerana ke-empat empat pasukan memang yang terbaik.Namun aku mendapat satu masalah kecil dalam UEFA kali ini.haha..Kecoh sial..haha

Semakin Dalam Rasa Ini


Ni kasi yang menekan dada sedikit kerana ini berbicara tentang hati yang berbunga-bunga.Seperti sahaja aku mahu menjerit keriangan apabila kami di tahap kemanisan yang tinggi.Kemanisan yang tinggi menyebabkan aku mampu memamcu setiap kenderaan aku dengan perlahan yang dahulunya aku pandu dengan pantas.Besar maknanya pemanduan aku kerana aku senantiasa pantas di jalanan.

Keindahan aku mempunyai tahap yang ditetapkan seperti ada dad laju yang ditetapkan kerana apa?
urghhh...Aku malas nak cerita dekat sini.Tettttttttt.........

Entah kenapa aku sering kali merasakan bahawa aku ini sering bernasib baik atau erti kata lain bertuah.Bertuah kerana aku dapat mendampingi wanita-wanita yang cantik jelita sejak aku di bangku sekolah.Wahh..(ni da paling show off da ni).tettttttttttttttttttt.....

Mahluk Asing


Aku merasakan bawasanya kumpulan rakan-rakan kami dari plenet lain dan bukan berasal dari bumi.Harap maklum.

Harap Maklum


Agak bosan cerita aku kali ini dan selalu pun tak la best mana pun.Urghh..Namun aku merasakan tidak puas kerana aku ada yang belum tekeluar dari hati aku sepenuhnya.Itu yang pasti.Ini pun kitre ok la.

Ada yang sudah terkene BUASIR?haha..Ok..jumpa dalam next entry yang tak pasti bila lagi,..Assalamualaikum dan Byebye.. :)








Tuesday, April 12, 2011

Seperti Sahaja Kepala Kau Di Kaki Aku

Pertama sekali aku ingin menyebut satu benda yang amat aku gemar iaitu WUHAI.Hampir setahun setengah aku tidak menulis(ketara membohong).Tangan aku seperti keras untuk beraksi mencapai sebuah tulisan.Idea aku meleleh-leleh bagaikan air hujan yang ditadah di dalam baldi.Namun...

Semenjak beberapa minggu ini aku langsung tidak mengerti mengapakah dengan diri aku.Aku merasakan teramatlah rugi kerana tidak mencatat detik-detik yang aku lalui berapa minggu ini.Teramatlah rugi.Banyak detik-detik indah yang aku lalui,terlalu banyak.

Adakah tulisan akan mejelma dikala aku kesunyian??
Aku mengharapkan jawabannya tidak.

Kepala aku tak berapa nak stabil ketika ini,mungkin penat kerna bermain futsal dan merembiskan air liur sambil ketawa diserikan dengan muka yang sangat GORILLA disajikan oleh aku serta Aasim.Sumpah ketawa paling lama abad ni.

Seperti Sahaja Kepala Kau Di Kaki Aku.Berakaitan dengan tajuk aku kali ini tidak ada kaitan walau sedikit.Aku akan menulis dalam entry yang seterusnya.Sumpah aku akan menulis dengan sepenuh hati aku.

Akhir kata,maafkan aku BLOG.Aku bukan tidak mahu menjamah kau,namun aku ada konflik jiwa yang amat tinggi sekarang.Namun kau jangan risau,selepas  ini kau tidak aku lepaskan.Percaya aku wahai ruanganKU.

p/s-kebangsatan aku akan aku jelmakan dalam bahasa tangan serta kaki.WAIT N FUCKING SEE.(garang  

      kan)

Sunday, March 13, 2011

Larian deras!Itu kurniaanMu!

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera!
Seperti yang aku janjikan aku hendak meceritakan "Seorang Beruk",
malangnya aku malas nak besar-besarkan kebodohan orang itu.
Apa orang pertengahan usia cakap "buat tambah dosa tak Cool".
Prinsip tu gang,yang bangang itu biarkan terus dengan kebangangan mereka.
Yang kita yang OK(awsome) teruskan dengan kejayaan demi kejayaan.
Betul tak kalian.

Kaburnya KLMJ

Firstly aku mahu membentangkan tentang KLMJ aku.
KLMJ aku nampak gayanya samar-samar sekarang.
Sudah berpuluh-puluh tempat kerja aku minta dan satu tempat pun tidak boleh menerima aku.
Petikan yang aku selalu dengar ini macam bunyinya,
"nanti kami akan call untuk maklumat lanjut" dengan muka macam tak ikhlas.
Senang cakap je la tak ada kerja,atau apa-apa yang nampak lebih terus terang.
Ini buat aku tercongok bangang sambil beharap.Damn bukan.

RAMBUT!!AKU KEJAM!!

Gara-gara ingin meminta kerja,aku bekorban memotong rambut(aset aku tu gang) dengan harapan dapat lah kerja PijjaHut ui.Malangnya seperti perumpamaan "bagai jatuh ditimpa tangga",sudah lah kerja tak dapat,rambut pun sudah pendek.

Nasib badan sayang!huh...
Aku menjadi sangat rindu sama aku punya rambut,
rindu sama rambut sama macam rindu keluarga aku di Kampung Selayang(aku orang kampung je)
biarpun ada orang cakap macam Sakai,peduli apa aku.
Kerna aku punya rambut,aku punya sukalah kan.

Oleh kerana rambut aku sudah ditebang/dicantas/di pajak/di perkosa
aku menjadi sedikit sayu kerana aku ingin melihat ia membesar.
(macam orang hilang anak bukan)

Adakah Aku Lelaki Seterika (IronMan)


Semenjak aku pindah di papan house ini,
keadaan aku agak sedikit padat dan sibuk.
Kerana apa ia menjadi sibuk?
Pagi ke kelas macam biasa,
pada petangnya pula Bola Sepak.
Malamnya Berbasikal.
Tengah malamnya Futsal.
Sebelum tidur FBnya.

Hamboi,orang kata "kuat betul kau ni Muzz,stamina Kuda ada dalam diri kau",
Aku senyum dan terus senyum.
Aku melakukan semua ini demi sebuah Kepuasan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan kadar Stamina aku.Aku suka stamina tinggi-tinggi sebab senang buat semua pekerjaan termasuk kerja atas katil.
wopwop.Itu bila sudah berkahwin nanti.

Aku juga gemar kelihatan seperti idola-idola aku yang sentiasa menerjah masuk dalam ingatan aku.
Namanya tak perlu disebutkan kerana korang dapat nilai sendiri.(Poyo sekali sekala tak salah kan ke macam mana?)

Jalan Ke-2 buat kami untuk KALIAN


Mungkin kepala kami(aku,aasim dan lam) tidak sama dengan kepala kalian.Tidak semua OK.
Kesungguhan kami sukar diduga,maksud aku kami mempunyai jalan alternatif yang lain jika kami tidak dapat berada di "negara matahari terbit"

Kami ada pelbagai-bagai jalan dan cara untuk Kalian.Ini bukan cerita kailan ikan masin.(cuba buat pembaca ketawa riang).
Berbalik kepada cerita,jalan kami yang ke 172 ialah mengajak Kalian ke Malaysia.Lebih-lebih lagi Jepun baru di landa Tsunami.Kami menyuruh semua untuk LIKE THE STROKES(Malaysia Fans) supaya terbuka mata dan hati buat Kalian untuk hadir dan membuatkan persembahan.
(ingat nak bagitaw yang Kalian ini THE STROKES di akhir kata,tapi tak jadi,Damn la)

Memang agak penat untuk menjadi seseorang pemberita(media) ,
namun kerana ingin menunjukkan rasa Cinta dan kesungguhan kami untuk Kalian kami sanggup.
Kami tidak akan pernah berputus asa membawa Kalian ke negara kami walau macam mana keadaan.

"Beria sangat ni Muzz!"
"Biarlah,aku dan kawan aku yang berdua ni memang ada darah Hitler.Tu yang lain macam perginya!"

Gang tak apa ke aku meletakkan nama pak cik aku ni?(da post da pon..haha)
Lari tajuk itulah aku Muzaffar Abbas.Nampak tu permainan yang kami sajikan.
Kepada yang sudah Like The Strokes (Malaysian Fans) aku ucapkan jutaan terima kasih.Suport kalau mahu mereka beraksi di Malaysia).

Walau Kau Bukan Milikku


Ini cover cerita untuk pak cik sebelah rumah ku.Cerita ini dia cerita waktu kami sedang lepak di beranda rumah.Ceritanya seperti ini,

"Pak cik sekarang tengah rapat dengan seorang perempuan ni,dia cantik,baik dan semua yang pak cik nak semua dia ada.Malangnya dia ni tunang orang.Pak cik rapat dengan dia ni,memang selalu berhubung lah,pakcik guna FB tu.Orang tua macam pak cik ingat tak reti guna FB"

Aku tergelak dengar cerita orang tua ni.

"Kau gelak kenapa jang?Nak kene pijak!",begurau kasar lak orang tua ni,kang ada yang makan pakai lidi.Haa...haha..

Sambung pak cik yang berambut putih itu,
"Pak cik walau tak dapat memegang cinta dia,pak cik dapat selami perasaan dia pun,pak cik rasa sangat besyukur.Mendampingi dia ialah pekara yang indah pernah pak cik lalui selama pak cik hidup dekat muka bumi ini."

Sebelum pak cik tu pulang ke rumahnya dia menyanyi lagu "walau kau bukan milikku" dipopularkan oleh pak cik bermabut putih.hahahahahha...macam tu je lah flashback saya.(HKLPKR)

Jutaan Terima Kasih.Ini khas buat semua yang mengikuti aku.


Aku ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada yang mengikuti perkembangan blog aku.Ada yang memberi komen,like,follow dan macam-macam lagi.Buat masa ni tak ada lagi yang bagi komen negatif(bak mai la komen negatif,baru cek taw mana kurangnya blog cek ni).

Aku menulis bukan kerna nama,
Aku menulis bukan kerna nama,
Aku menulis bukan kerna nama.

Aku menulis kerna satu kepuasan,
Aku menulis kerna menggambarkan perasaaan aku,
Aku menulis kerna tulisan adalah teman baik aku sampai hembusan terakhir,
dan
Aku menulis kerna aku bukan hero si gadis-gadis.

Dalam sebuah karya atau apa benda yang kita lakukakan di atas dunia ini perlulah ada sebuah
"kejujuran".
Jika tidak,sukar untuk sesuatu itu berjaya dengan jayanya.
Aku teharu weyh atas komen korang-korang,aku sedikit pun tidak mengharap atas pujian-pujian yang sedemikian.(macam nak menagis je aku rasa)

Korang tulang belakang aku gang,tanpa korang siapalah aku melainkan Muzaffar yang kecik-kecik dulu kencing malam.haha.

Love U Guys.
Jumpa dalam entry yang seterusnya dengan cerita yang lebih pelik-pelik.

p/s=sory guys coz my entry this time its so fucking long,same like haaa..haha.
       arigatok uzaimas!!!
       berjabat tangan jika sebelah-sebelah ya!sambil mata ternaik-naik ke atas.(naik atas lah)haha
       bye3!! :)