Wednesday, March 2, 2011

Bukan KLMJ tetapi Aku,Dia dan Papan House

Suasana pagi,tengah hari siang dan malam aku kini lebih beseri?
Alahai!!
Kenapa dengan kau ni Muzaffar Abbas !!gamaknya..haha...

Lupa pula,adat kita sebagai orang timur kan,
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia(macam berita-berita dekat Tv kita sekarang,haha).Sekejap-sekejap "haha"..haish..

Rindu gila Blog aku ni,aku selalu gelar kan Blog aku "Aku Bukan Jaguh Kampung",macam pernah dengar kan,opss..hehe. untuk memotivasikan diri aku apabila menaip atau apa sahaja pekerjaan yang aku lakukan.Walaupun minggu ni sudah tiga hari aku tak menjejakan kaki ke kelas.Aku tidak hadir ke kelas kerana aku terlalu penat.Nak tahu kenapa?Mari baca di bawah ini..

"Papan House"
Papan house ialah nama panggilan untuk rumah sewa atau bahasa sepanjang zaman "rumah bujang".Kenapa papan house??
Kerana seni bina rumah ini 96% daripada papan dan kayu-kayuan dan 4% daripada batu.
Kenapa berpindah dari rumah sewa yang lama??Apakah tidak selesa??
Urm...rumah lama aku,bukanlah tidak selesa cumanya rumah itu kecil.Tiada ruang study yang selesa,tiada ruang lepak yang cool,ecehh..dan lebih molek rumah itu kecil dan lagi den nak kobar,den tak berapo gomar dengan orang kampung tu.Macam aku pernah cerita pasal rumah kami pernah diserbu Polis dan penduduk kampung yang selalu berlagak ala-ala samseng.

Alhamdulillah sekarang kami sudah tinggal di situ lagi.Lega rasannya.Namun rumah lama meniggalkan 1001 kenangan yang aku tidak akan lupakan.Romantik lak kau ni Abbas.haha..

Berbalik kepada papan house,papan house yang terletak di Kuala Kemaman berdekatan dengan Mak Nik(Monica Beach).Kami dikatakan beruntung kerana mendapat rumah ini.Kerana apa?
Sewa bulanan untuk rumah ini hanya RM200 lebih murah daripada rumah lama kami,yang bezanya RM100.
Murah bukan...
Keluasan rumah ini lebih 3x ganda daripada rumah lama.Kepada sesiapa yang pernah bertandang di rumah lama kam pasti akan mengetahui keluasannya dan kepada sesiapa yang tidak pernah datang taip sahaja "PIKIR SENDIRI" dan hantar 32880.haha..lawak kan..taw da..

Papan house ini mepunyai binatang yang anda semua pasti tahu,iaitu Nyamuk.Namun nyamuk-nyamuk di sini sebesar Kucing dan dalam kelompok yang banyak.Nyamuk ni pun ada nama,aku panggil SEMAK.hahaha
Kalau anda mahu melihat Free show boleh la kemari.Tandasnya yang sedikit ternganga membolehkan orang yang berada di luar boleh melihat kami mandi....vodovodo...

Last pasal papan house,tempat ni nyaman,senang nak bekarya.Berhampiran dengan pantai dan tempat futsal.yeaaaa...

Oleh sebab terlau sibuk dengan perpindahan,kepenatan melanda aku.Terima kasih yang teramat sangat yang membantu dan bertungkus lumus dalam perpindahan ini.Terutama kepada Apek,Azim,Mok,Rimie,Apiz,Ariel dan tak lupa Ijat.Mujur kami mempunyai Apek selaku wireman yang handal dan berbakat.Dia adalah orang yang meyiapkan kipas-kipas dan lampu-lampu.Azim juga tidak dilupakan selaku pengurus keewangan kami.Dahsyat betul mamber-mamber aku ni.Terbaik wok!!!

OK...Sekarang aku bukan nak becerita pasal "Kau Langsi Micheal Jackson(KLMJ)haha..tapi aku nak becerita pasal seseorang yang menyerikan hidup aku.Dia gemar membuat tradmake Ehh..dan jelas kelihatan comel dengan raut wajahnya yang cantik.Dupdap dupdap dibuatnya.
Aku diminta merahsiakan namanya dan mendapat kebenaran ceritakan tentang dia.Mari..

"That Girl"
Macam mana aku kenal dengan gadis ni??
Pertemuan aku dengan dia bermula di sebuah taman riadah.Ada photoshoot,dia merupakan model hari tu.1st time tengok dia,perghhh...memang cantik,putih,tinggi dan bertudung.Tapi kan tapi,dia ni macam garang waktu tu.Aku tak cakap apa-apa pon waktu tu dengan dia.Sampai ke kedai makan sekalipun.Aku macam semua orang tahu kan,pemalu.Tulisan je buat aku Gagah.

Pada mulanya aku beranggapan memang dia ni tak nak layan aku lah kan.Aku rasa kan yang aku ni cuma watak tempelan(macam watak orang jalan-jalan belakang pelakon).Kemudian dalam sekeping gambar yang dihasilkan oleh rakan aku,aku ditag dalam gambar tersebut.Gambar gadis berkenaan,so ada la FB model berkenaan.Bila aku nampak,macam rempit lah aku,add terusss!!!

Dasarnya aku hendak canon kan dengan seorang insan yang rapat degan aku.Konon-konon agensi aku ni agensi cari jodoh.
Tup tup..aku lak yang rapat dengan dia.Aku tak sangka gila bila dia yang menegur aku melalui IM.Kami berborak kosong,dan sampai borak berisi..ehhh...

Dan hari-hari yang seterusnya kami berhubung.Dia ni memang sweet,sangat sweet.Aku boleh dikatakan cair,mana tak kan ,perempuan cantik,sweet,lemah lembut.Perfect la..cuma dia ni ada sedikit degil.

Waktu tu dia tak sihat,suruh la makan ubat,moakkk..tak nak.Aku punya lah paksa,u...u...
Kami berkongsi cerita,dan ada satu pagi tu,aku rasa paling sweet..
Kami berkongsi,dia suruh aku dengar lagu "perpisahan" dendagan "Aizat",sedia maklum,aku tidak meminati Aizat Amdan.Aku dengar lagu tu,perghhh..best pula..

Kemudian aku suruh dia dengar lagu "hanyut" dari idola aku "Faizal Tahir".Dia memberitahu dia tidak meminati FT.tapi....

Kami berdua share lagu yang kami tidak minat.Ohh sweet...

Dahulu,jikalau on9 aku tidak beseri tapi sekarang aku pasti mencari dia dahulu,IM dia tak pernah aku off,i mean tutup walaupun dia tak on9.Aku pasti akan tunggu dia on9.

Sekarang aku mempunyai FB,Twitter dan Skype dia.Kalau aku nak cerita panjang-panjang lama jugak la kan.Ada benda yang aku tak cerita dekat dia,tapi mamber dia tahu..
jengjengjeng....
Tak pe,nanti ada masa aku cerita."Dan Harap Maklum Gadis Ini Sudah Berpunya".bukan aku..
Perasaan aku dirahsiakan dan aku hanya mampu bercakap "Kau mampu membuatkan aku tersenyum bahagia dan boleh merebahkan aku".

Aku seorang yang kuat perasan bukan.Peduli apa aku,haha...
Aku hendak sahaja pulang ke Selayang,supaya aku dapat melepaskan kerinduan aku terhadap keluarga,sahabat-sahabat aku dan dia..ehhh...
Malangnya aku memegang kepada janji bahawasnya aku hendak menyimpan.Kalai aku pulang ke Selayang,pasti aku tidak dapat menyimpan.Demi KLMJ aku terpaksa bekorban.

"Uishhh....panjangnya blog..!!!Sabor je lah.."

Puas rasanya dapat bemesra dengan Blog aku ni.Lega..
So sampai sini jela tulisan aku,jumpa di entry akan datang.
Aasim aku dapat makna mimpi aku Aasim.yeaaa...
Nanti aku tulis yaa!!
Jam pun da pukul 6.37am.Time to sleep..
Byebye......

p/s-maaf kalau ada salah eja,den lomah BI.. :) terima kasih kerna sudi membaca...


4 comments:

  1. hahaa
    jan, kau berenang renang di lautan cinta an?
    so swetttttt...
    ahaha

    ReplyDelete
  2. hahaha...
    mana ada,duduk tepi2 je..
    takut lemas lak nanti..hehe

    ReplyDelete
  3. mana ada la man!!kawan je la!!

    ^___^

    ReplyDelete