Monday, January 24, 2011

B E R A K

Ceritanya bermula seperti ini,
"Atis !aku keluar main bola dulu taw"memberitahu adik aku bahawa aku hendak bermain bola.
Turun tangga dengan pantas,namun sewaktu aku hendak meninggalkan rumah,perut aku sudah tidak sedap.
Namun keinginan menjaringkan gol amatlah tinggi.Dalam beberapa minit aku menekan padel minyak,

"Arghh,sakitnya perut aku"memegang perut dengan seluruh badan berpeluh.Aku menanambah kelajuan pacuan empat roda milik mak aku.Gaya kereta itu sepeti di dalam litar perlumbaan.Habis semua selekoh aku bantai.
Aku terus tuju rumah  sewa sahabat karibku Lam Hou Yeah,belari aku menaiki anak tangga.Sangat la sukar untuk menahan pedih di Jubur aku.Rumahnya di tingkat empat,sangatlah tinggi namun aku sudah tidak tertahan lagi.Aku terus meredah pintu rumahnya,belari terus ke tandas.Sahabat aku, Asim menyapa aku,"Ujan,air tak ada".

Seperti sahaja aku tertusuk peluru,sangatlah nazak aku pada waktu itu.Habis berpeluh aku menahan supaya tidak terjadi pekara yang diingini.

Teringat aku sewaktu aku berumur tujuh tahun keadaan hampir sama,sewaktu aku pulang dari sekolah.Aku tidak dapat menahan dan akhir cerita bertaburan di depan pintu rumah.
"Aku tidak akan membiarkan keadaan ini berlaku lagi,Lam jom teman aku pergi Esso,pastu kita main bola".

Tiba aku di stesen minyak itu,aku mencari pemetik api untuk menghisap rokok aku.tinggal 1% untuk berlepas,
Ketabahan aku pergi ke kaunter,"Bang,lighter satu",aku hulur seringgit.
"Lighter RM1.10",sungguh aku benci untuk berbalik ke kereta untuk mengambil RM0.10.
Sesudah aku selesai membeli pemetik api,kemuncaknya sudah tiba.

Sewaktu itu aku menganggap tandas di Esso itu syurga aku,seperti ada cahaya yang terang dan cantik di pintunya.

Fuhhh..................bercakap aku seorang diri di dalam tandas.
Menyesal aku tak melepas di rumah tadi,namun aku merasakan ada hikmah keadaan jadi seperti ini kerna aku   baru mengetahui erti "menyesal kemudian tidak ada gunanya" dan "erti melepas yang sebenarnya".
Berjalan aku ke pintu kereta dengan muka yang gembira dan mengambarkan kepuasan yang sangat-sangat.
Dan meninggalkan tandas itu.

Moral dalam cerita yang aku nak sampaikan ialah,
"kalau nak berak pergilah berak ya..."

hahahahahahahaha.......
ini kisah benar..
renung-renungkan dan selamat beramal.

No comments:

Post a Comment