Thursday, February 24, 2011

Kuala Lumpur Menghadap Jepun 3 (bahagian 1)




 

Kedengaran bunyi riuh seperti orang sedang membeli barangan di pasar.Lampu-lampu menerangi setiap sudut dan kelihatan di sebuah sudut dua orang anak muda sedang meminum teh.

"Muz,semenjak dua menjak ni kenapa aku tengok kau diam selalu,selalu bukan kau ke yang paling riuh?Ni banyak termenung aja?
Aku diam dan senyum menandakan aku menghormati rakan aku yang sebenarnya bukan macam tu loghat dia.Azman bukan nama sebenar yang merupakan anak kelahiran Terengganu.Azman rakan serumah dan menuntut di kolej RANACO juga.

"Hoishh,aku ok lah Azman,cuma aku rasa bersalah dengan bapak aku.Kau tahu kan aku baru lepas accident,kos semuanya bapak aku yang bayar.Padahal aku yang pakai macam orang gila je.Kau taw kan matlamat aku bulan 8 ni."

Aku menjawab ala-ala muka lembu terbang dan mengangkat sebelah tangan dengan semangat 1 Malaysia.Azman gelak dan menepuk-nepuk tangan ala-ala tambi selepas mandi.Aku menghirup "teh tarik setengah",kenapa teh tarik setengah??

Sewaktu zaman percintaan aku dulu,di sebuah kolej terletak di Seremban yang popular dengan "kolej usang" atau "bengkel kereta" atau "kolej hijau" atau "kedai aircond" atau, dah-dah la tu Muz.haha..Setiap kali aku sedang berteh tarik,phon aku akan bedering dengan muzik yang aku tak pernah tukar,dan aku terpaksa meninggalkan rakan-rakan dan bergayut sementara.Paling penting dekat meja aku ada "teh tarik setengah".

Tiba-tiba datang seorang pak guard bank dan menunjukkan gaya potong lengan sambil menjerit-jerit "panjang-panjang!!bila nak start cite ni?"

Hahaha...

Mukadimah aku kali ni berseri sedikit kerana aku dalam mood "bahagia" gamaknya.haha.Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia semua.

Actually,mukadimah aku ada kaitan dengan KLMJ-3,kerana waktu tu aku nak memulakan tabungan "KANCILVO 7" aku accident.Dengan kerja yang aku mintak belum ada perkembangan yang positif lagi,da empat hari da ni.Aku hanya mampu berdoa agar berjaya untuk membuat part time.

Sekarang nak masuk bulan 3 dan sepatutnya aku da mula menyimpan duit untuk terbang ke Tokyo.Kalau lambat mati la aku,tak dapat tengok idola aku beraksi.Aasim,rakan aku sudah mula menyimpan dengan berjimat dalam soal membeli makanan.Apa yang aku tahu dia betult-betul .... (bersambung)

2 comments:

  1. bengkel kereta
    5 star!!!!!!!!
    tapi...........
    damn!
    bersambung lagi aahaha

    ReplyDelete
  2. bengkel kereta?haha..
    ada episod 2 syg :)

    ReplyDelete