Tuesday, February 15, 2011

Kuala Lumpur Menghadap Jepun

  Petang itu kami berhajat untuk bermain bola,namun faktor cuaca yang kurang baik,kami mengambil keputusan untuk santai.Aku tidak sangka petang itu menjadi titik tolak bagi kami.Sungguh menajubkan!Sungguh gila!Habis AWSOME da kami rasa.

   Pada dasarnya Lam membuka laman web THE STROKES,dan membuka video,picture dan macam-macam lagi lah.Dan satu saat tu dia tertekan THE STROKES TOUR.Paling hampir dengan Malaysia,Tokyo dengan Osaka pada 13 dan 14 Ogos 2011.


   Lam terus tulis di status FB dia berbunyi seperti ini "jangan jales aku dan muzaffar abbas akan berTHE STROKES di Tokyo".Aku terdiam dan aku hanya memulakan bicara aku kembali dengan "gila kau Lam".Lam dengan slumber bercakap,"bulan 8,lambat lagi,boleh kita simpan duit".

   Idea gila ni buat aku jadi gila,"ok,kita start dari hari ni k",malangnya dalam perbincangan kami ini,Aasim selaku orang yang banyak mempengaruhi kepala otak aku dengan THE STROKES tiada dengan kami.Namun kami merasa yakin bahawa dia akan teruja dan bersetuju dengan idea kami.Yakin sangat-sangat.Kami menyemak sedikit sebanyak tentang SUMMERSONIC,SUMMERSONIC merupakan stadium yang akan meletakkan event-event besar di Tokyo dan Osaka.Kami membuka Air Asia penerbangan tambang murah,namun hari yang pelepasan hanya Selasa,Khamis dan Ahad.Macam-macam lagi kami semak.hahahahaha....

   Satu hari tu habis kami bercerita tentang Jepun dan THE STROKES,Sakai kan,tapi peduli apa aku."sape yang rase aku ni poyo pergi mampus,korang mana ada terfikir macam apa yang aku fikir CIBAI".Kalau mulut kata minat tapi tak tunjukkan rasa kita,tak ada gunannya bukan.Marah pulak rasanya,haha..

   Salah satu sebab kami mahu terbang ke sana kerana kami merasakan bahawa ini last tour untuk mereka,mengikut faktor umur dan EP tebaru mereka UNDER COVER OF DARKNESS,lirik sedih semacam je.Aku tak bajet diaorang nak tour dekat Malaysia,rasa-rasa aku lah.

   Kalau kami dapat menjejaki Jepun besar maknanya untuk kami,Jepun yang kita sedia maklum negara yang canggih dan macam-macam boleh kami ambil untuk disimpan dalam kotak ingatan kami.

   Selepas santai sampai jam 12 malam kami pulang ke rumah,terima kasih banyak-banyak Lam sebab belanja aku makan western food,"sempena gajinya yang masuk pada hari itu dan kenduri katanya".Kami menunggu Aasim pulang ke rumah untuk tahu apa yang akan terucap dari bibirnya.
Saat kami nanti-natikan sudah tiba dan Aasim menunjukkan reaksi yang kami akan sangkakan.Dia menjerit "WOOO!!GILALAH!!....5K sikit je".Kami ketawa gembira.

   Kami bertiga mempunyai masa mulai sekarang sampai bulan 8,apakah akan terjadi.Adakah aku akan berjaya mengumpul duit dengan kerja Part time,adakah Lam akan berjaya mengumpulnya dengan megawal perbelanjaanya dan begitu juga Aasim,jumpa dalam Kuala Lumpur Mengahadap Jepun 2.

4 comments: