Tuesday, March 8, 2011

perasan atau perasaan.(milo tabur)

Cuaca yang baik,tidak akan selamanya baik.
 satu keadaan itu tidak akan selamanya atau senantiasa baik.

Alahai perasaan kenapa engkau sebegini rupa?
Aku suka waktu ia rasa selesa
 dan
aku cukup benci bila aku rasa tidak selari.

Apakah ini akibat aku main perasaan?
Perasaan yang boleh membuatkan kita bahagia itu
jika kita tidak bijak mengawalnya
yang akan membuatkan kita seperti orang sesat di tengah hutan.
Menagis mencari jalan keluar,
dengan perut yang teramat lapar,
kepala hanya memikirkan
"selamatkah aku?"..

Kenapa sifat aku seperti ini?
Aku suka bermain dengan air pasang.
Dulu aku sudah perit sekali lemas dalam jerat ombak yang kuat.
Arus yang tersangatlah deras.

Pada mulanya bercakap besar.
Bahawasanya aku bijak mengawal.
Sekarang terima,
Sekarang merana,
Sekarang fikirkannya.

Layakkah kau untuk terus sebegini rupa,
Kau tidak kuat mana,
biar dari luar kau nampak teguh.

Namun di sudut kecil kamar hati ini,
Aku tetap mahu bermain dengan ombak itu.
Perasaan yang pelik ini sudah bermain-main.

Jaga-jaga kau hati.
"Dulu bekorban apa sahaja,sekarang mengorban apa sahaja"

arghhhhhhhhhh!!!!!!!

No comments:

Post a Comment