Thursday, April 14, 2011

Tarik Jari Telunjuk Dan Masukkan Ke Dalam Hidung Anda.


Warning!!!
Amaran buat semua pembaca.Anda disarankan membaca bedasarkan tajuk yang anda minat sahaja.Kerana ia akan menyebabkan anda buasir atau keguguran rambut akibat membaca ruangan ini yang panjang berjela-jela.Tetapi sesiapa yang mempunyai stamina yang tinggi,anda layak untuk selam semua tulisan ini.


Tangan Keras 

Selalunya kita mendengar tangan panjang tapi kali ini setelah diadaptasi menjadi tangan keras.Maksud tangan panjang ialah mencuri dan maksud tangan keras pada aku ialah berat tulang.Tak ada kaitan bukan,sebenarnya aku ingin menceritakan bertapa susahnya aku ingin bekarya di ruangan ini.

Kejohanan Itu Ini

Ahad lalu aku menyertai pasukan bola sepak aku.Aku yang secara kebetulan mendapat cuti setelah habis midterm,lantas terus beraksi di dalam kejohanan itu.Kejohanan bola sepak 9 sebelah yang dianjurkan oleh sebuah parti yang aku rasa tidak perlu diceritakan di sini.Kerna apa,undi itu rahsia.Sekali lagi itu tiada kaitan.

Namn rezeki tidak menyebelahi kami di mana kami gagal ke suku akhir setelah ditentukan dalam sepakan penalti.Kesedihan jelas tepancar di muka aku kerana aku gagal menjaringkan sebiji gol walhal aku ialah seorang penyerang.Maafkan aku kawan-kawan.

Namun aku berjanji akan membalas dendam di kejohanan lain.Tak perlu becerita.

Bukan Pink & Bukan Juga Hijau

Aku kerap kali meletakkan warna-warna pilihan aku di dalam status aku.Hampir satu bulan aku memikirkan tentang warna dan jenis.Aku mengambil kira dari semua aspek sama ada kawalan,kelajuan dan sebagainya.

Anda yang belum dapat tangkap pasti tertanya-tanya tentang apa aku membebel ini.Haaaaa

Jangan Kejut,kerana ini bukan segmen jangan kejut.(mencuba mengerikan anda dengan lawak-lawak bunga rampai).

Kembali kepada cerita,NIKE mengeluarkan produk tebaru yang membuatkan aku terlibas-libas bulu mata aku melihatnya.Yeahhh...itu dia MECURIAL SUPERFLY FGIII yang bewarna purple.Aku terus meletakkan target aku bahwasanya itu dia isteriku di padang.

Lantas membelinya tanpa memikirkan soal "ada ke kau duit untuk menempuh sebulan ini" dan "aku ialah insan yang dirantaikan hutang".hahaha...

Kembali sekali lagi,kepuasan jelas terasa apabila belari dan mengawalnya.Ternyata awsome.Ok,cerita ini tak best sebenarnya.

Periksa Pertengahan Tahun

tettttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt.................malas nak cerita pasal ni.ok da cuti dan sekarang sudah sedia untuk kembali ke Kemaman.

Masa/Waktu/Hari/Roti Bakar???

Masa jelas mencemburui kita.Sakit burit aku dengar ayat ni.haha..

Jelas kelihatan masa sangat-sangat pantas berlalu dan berlaku.Bak kata orang sekarang pejam celik pejam celik dan seminggu.Pejam celik pejam celik sudah sebulan.

Jika mengikut analisa yang aku lakukan,semakin kita menuju Kiamat atau lebih sedap lagi akhir zaman maka semakin pantas masa itu belari.Jadi usah bazirkan masa anda,marilah kita mencatat kepuasan demi kepuasan supaya tiada penyesalan.hahaha..(cerita pasal diri aku yang selalu ditinggalkan masa,damn)hahah..

The Strokes ke Malaysia!!!

Pasti ramai yang sudah tahu tentang khabar angin yang dicipta oleh pihak-pihak tertentu.Mungkin mereka merasakan ini kelakar.Kelihatan warga-warga FB yang meminati band ini jelas betukar kelam kabut dengan membuat research.Adakah benar band ini akan bertandang seperti jin bertendang di Kuala Lumpur.Dan ini pandangan aku dari sudut Positif dan Negatif

Positif
Untuk sedapkan hati aku,aku menyatakan bahawasanya mungkin The Strokes sudah tertarik dengan Malaysia.Dan ini paling penting,orang yang membuat flyers itu pasti memikirkan tentang sponser-sponser yang disenaraikan.Maxis,Junk dan sebagainya merupakan nama besar,sudah pasti dia memikirkan tentang saman yang akan dikenakan.urm...bijaknya..

Negatif
Harga serendah RM40 dan pasti ini bukan persembahan band rock Malaysia KRISTAL.Renungkan...

Serba Salah

Kunjungan sahabat aku dari Terengganu ke Kuala Lumpur yang dicemarkan dengan kesongengan aku.Aku merasakan aku seperti sangat serba salah apabila lewat menjemputnya di Pekeliling.Aku bukan sengaja lewat namun kesesakan di konsert yang diadakan di KLCC sangatlah benar.(Hoobastank)Aku lewat 2 jam menjemputnyanya.

Sesalan yang kedua ialah pada hari ke-3 nya disini,aku yang tidak menghidupkan phon dan tidur mati selepas kejohanan menyebabkan dia terus mengambil tiket dan pulang ke Terengganu.Dia yang menginap di sebuah apartment rakannya(tetttt) di Saujana Damansara yang kemudian tiada arah tuju.

Aku mengeluarkan masej memohon maaf atas kesalahan aku dan dimaafkannya namun aku masih rasa bersalah.Dia yang aku nyatakan ialah Shahrimie rakan kolej aku dan rakan serumah aku di Kemaman.Aku akan pastikan kesalahan ini tidak akan berulang lagi.

Tetttttttttttttttt.......

Tettttt merupakan lawak yang ditemukan oleh sekumpulan orang asli Gua Tempurung.Lawak ini jika dikendalikan dengan baik dapat mengukir senyuman dan silap dikendalikan akan menyebakan rasa bengang dan seperti sahaja anda mahu mengunakan tenaga zahir dan batin anda untuk memukul dan mencaci pemangsa.

Tetttttt dalam bahasa sains ialah "anda kena" ,dalam bahasa 1Malaysia "bodoh" dan dalam bahasa budak-budak zama sekarang "prottt" maknanya anda kene kenceng.

Macam seronok bukan.Jadi mari berikan satu contoh yang mudah,

"Rozita Che Wan ke tu?",dengan muka bersungguh dan memandang satu arah.Pastikan waktu itu teman-teman anda pandang pada tempat anda pandang.Jika ada yang terpandang anda terus menekan mana-mana tempat dan bayangkan tempat itu buzzle dan menyebut "tetttttttt".

Anda sudah faham.Pratikkinnya jika anda jenis sukakan kenekan rakan-rakan anda.Sangat mudah dan ia menyeronokkan.

Jangan Terus Kelihatan Bangang

Sesungguhnya jikalau kita merasakan orang sudah meluat dan kau sendiri sudah dengar orang kutuk pasal kau,lekas lah kau mengambil hati mereka kembali dan kawal kebdohan yang kau sering cipta.Sumpah aku cakap aku memang tak suka perangai kau walaupun aku jarang ada di sini dan bercakap dengan kau.

Ini ada kaitan dengan entry aku yang sebelum ini dengan tajuk yang terang-terangan aku meluat.Ulang tajuk "Kepala Kau Di Kaki Ku".

Sedikit sebanyak pasal "Boy" bukan nama sebenar,boy ni jenis cakap sedap mulut dia sahaja.Dia ni senang cerita jahatlah.Pencuri idea,pencuri gaya dan macam-macam dia curi,mujur tak curi barang-barang dan wang ringgit sahaja.Kalau tak mesti da kene pijak da.

Haishhh...
Kalau nak cerita pasal dia ni sampai besok pun tak sudah.Satu je yang aku harapkan,kepada kawan-kawan dia,harap besabar dengan perangai dia.Kita kumpul banyak-banyak lemak dia.Dan Boy aku harap kau sedar Boy,ni demi masa depan kau juga,nanti kalau kau da berumah tangga kasihan bini dan anak-anak kau.Ehh,ehh...

Aku nak pijak kau senang je,tapi aku tak sekejam itu walaupun aku seorang Tiga Line.hahahahaha...ke macam mana?haha..Tolong belajar hormat orang lain Boy.

Kompilasi Terabaik 

Setelah kelihatan garang di atas ni ayuh kembali kepada mood senyum sokmo.Ceritanya bermula seperti ini...

Pada satu malam,sekumpulan anak muda yang baru sahaja pulang dari bermain futsal dan singgah untuk menghilangkan haus di sebuah restoran.Mereka jelas kelihatan gembira kerana dapat melakukan aktiviti kegemaran mereka.Biasalah kan anak muda kalau sudah ramai pasti betukar riuh.

Mata aku rabak sekarang,malas aku nak cerita panjang-panjang dan yang pastinya sesudah minum aku dan Aasim gelak sehingga menitiskan air mata dan menegangkan urat perut dengan lawak MUKA SAYA DITAMPALNYA TAIK HIDUNG SAIZ GERGASI.kalau tak kelakar yang ini aku ada yang ini OK!MASUKKAN KEDUA-DUA JARI TELUNJUK DAN MASUKKAN KE DALAM HIDUNG ANDA.

Kalau tak kelakar lagi,peduli apa aku.Aku mengantok sekarang ni.Apa yang menjadikan ia terbaik kerana kami ketawa hampir setengah jam.Anda boleh lakukan?Lakukan sekarang untuk mendapat takhta Kompilasi Terbaik.

U E F A


Sekarang sudah sampai penghujungnya kejohanan Eropah yang temahsyur ini.Aku berasa lega kerana team aku Manchester United telah berjaya di kelompok 4 yang terbaik.MU akan menentang Shckle04 dan Real Madrid akan menetang Barcalona.

Agak sukar team mananakah yang akan berjaya berada di final kerana ke-empat empat pasukan memang yang terbaik.Namun aku mendapat satu masalah kecil dalam UEFA kali ini.haha..Kecoh sial..haha

Semakin Dalam Rasa Ini


Ni kasi yang menekan dada sedikit kerana ini berbicara tentang hati yang berbunga-bunga.Seperti sahaja aku mahu menjerit keriangan apabila kami di tahap kemanisan yang tinggi.Kemanisan yang tinggi menyebabkan aku mampu memamcu setiap kenderaan aku dengan perlahan yang dahulunya aku pandu dengan pantas.Besar maknanya pemanduan aku kerana aku senantiasa pantas di jalanan.

Keindahan aku mempunyai tahap yang ditetapkan seperti ada dad laju yang ditetapkan kerana apa?
urghhh...Aku malas nak cerita dekat sini.Tettttttttt.........

Entah kenapa aku sering kali merasakan bahawa aku ini sering bernasib baik atau erti kata lain bertuah.Bertuah kerana aku dapat mendampingi wanita-wanita yang cantik jelita sejak aku di bangku sekolah.Wahh..(ni da paling show off da ni).tettttttttttttttttttt.....

Mahluk Asing


Aku merasakan bawasanya kumpulan rakan-rakan kami dari plenet lain dan bukan berasal dari bumi.Harap maklum.

Harap Maklum


Agak bosan cerita aku kali ini dan selalu pun tak la best mana pun.Urghh..Namun aku merasakan tidak puas kerana aku ada yang belum tekeluar dari hati aku sepenuhnya.Itu yang pasti.Ini pun kitre ok la.

Ada yang sudah terkene BUASIR?haha..Ok..jumpa dalam next entry yang tak pasti bila lagi,..Assalamualaikum dan Byebye.. :)








2 comments: