Saturday, February 19, 2011

Kuala Lumpur Menghadap Jepun 2 (bahagian 2)




     
Aku turun dan tergelak dan menjerit seorang diri.....


   Dan aku terus berjalan dan berjalan.Jam di tangan menunjukkan pukul 6 pagi,namun masih sunyi.Aku dengan keadaan separuh sedar tersedar apabila mendegar laungan AZAN yang berkumandang di Surau berhampiran.Aku seperti sahaja mahu singgah untuk SOLAT dan menayakan bandar yang berhampiran tempat ini namun atas alasan tertentu aku menambahkan hutang aku yang begelar HAMBA.

   Dugaan aku ditambah lagi dengan phon aku menunjukkan tanda-tanda kehabisan bateri.Secara automatik aku menyebut YA ALLAH,dengan muka ketakutan.Itulah kita bila susah baru mencariNya.

   Aku terus berjalan sehingga kaki aku melecet sambil ditemani dengan perut yang sangat lapar kerana aku tidak menjamah nasi dari malam semalam.Sehingga aku ternampak cahaya-cahaya bangunan dan langit pun sudah hampir keluar cahaya biru.Aku mahu sahaja menangis bila dapat menjamah roti dan air soya.Lega sangat...

   Semasa aku membeli makanan tersebut aku menayakan pekerja SevenEleven tersebut dimana perhentian bas,dan aku menuju destinasi tersebut.Sesudah sampai di perhentian bas tersebut aku membeli METRO untuk menemani aku kerana phon aku sudah kehabisan bateri.Aku hanya tawakal dan berdoa.

   2 jam kemudian ada sebuah bas singgah dan tulisan di hadapannya Kemaman,yeaaaaa!!!!Aku naik dan aku mahu terlelap namun aku tidak mahu kesilapan tadi terjadi.Sampai saja di rumah sewa aku,aku menulis di status FB aku,

"aku percaya apa yang Allah berikan kepada aku atas khilaf yang aku lakukan sendiri contohnya pagi tadi bas yang aku naik sangkut dekat KUANTAN selama 2jam dan sesudah begerak aku terlelap kemudian terpaksa turun beberapa KM dari KEMAMAN iatu di PAKE.Dengan tersenyum dan berdoa kepada Allah ampunkan khilaf aku kerana menipu kedua ibu bapa aku,aku terlalu mengejar DUNIAWI"




   Demikian,pengalaman aku akibat terlalu THE STROKES,kerna itu juga aku akan sentiasa menguatkan semangat aku untuk ke sana.Nampak beza bukan antara bahagian 1 dan bahagian 2.Hahaha...


   Idea tetap mencurah-curah namun idea untuk tagline air SEVEN yang diamanahkan oleh ENCIK ZAINAL selaku BOS SEVEN,tidak berjaya aku cari.Beliau ialah bos Aasim dan Zul,semenjak kami semua lepak bersama di RUMPUN dia antara sumber inspirasi aku.


   urm..Jumpa aku di entry Kuala Lumpur Menghadap Jepun 3.. 

No comments:

Post a Comment