Saturday, February 19, 2011

Kuala Lumpur Menghadap Jepun 2 (bahagian 1)





"Wasap-wasap semua,bertemu kembali dalam rancangan  Mencari Jodoh musim yang ke-14!!Bersama saya Ustaz Muzaffar,hos anda minggu ini,bukan hos bomba atau horse!!hahaha..jangan gelak,Apa khabar orang di Sri Pentas semua?Sihat?Harapnya sihat belaka...hahaha...

   Kelakar tak aku buat kelakar,bukan untuk mempersendakan siapa-siapa atau apa-apa.Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,mukadimah kali ni tak ada kaitan langsung dengan cerita aku kali ni.

   Sambungan cerita aku yang lepas,dalam kepala memikirkan yang akan berlaku di bulan 8 serta persiapan yang akan dilakukan.Pada waktu itu sedang bertolak ke Kemaman untuk sambung ke semester3 dan menyambung pembelajaran yang kadang-kadang aku sendiri pun tak berapa nak faham.haha.Macam manalah pointer aku nak PADU kalau macam tu kan,amboi.

   Macam da ke laut bukan.Kebiasaannya aku naik bas pasti aku akan terlelap sampai Kemaman,namun pada hari itu aku terus dan terus memikirkan THE STROKES,AASIM DAN LAM.Mereka memberikan impak yang sangat besar,aku terus mendapat idea demi idea untuk menulis dan sebuah DOKUMENTARI.Dokumentari yang aku maksudkan ialah perjalanan kami SEBELUM,SEMASA dan SELEPAS terbang ke TOKYO.

   Idea itu hinggap di jendela fikiran aku kerna ia akan menjadikan pengalaman yang manis untuk kami bertiga.Sedikit sebanyak boleh menceritakan pengalaman kami kepada rakan-rakan,ibu bapa,sedara mara,atok nenek,polis bomba dan ramai lagi lah.haha..Dan kerna itu aku terus mencari ilham untuk menambah rencah dalam tulisan aku.

   Berbalik kepada cerita di dalam bas,sehingga Kuantan aku tidak mampu melelapkan mata aku walaupun aku mengantok,besar bukan IMPAK THE STROKES,jangan Kejutttt..
Bas berhenti di sebuah perhentian dan tekan-tekan minyak ala-ala rempit di malam 31,aku santai di dalam bas walaupun tak berapa santai dengan kesejukan yang amat sangat.Maklumlah "i kan seksi,mana biasa pakai seluar panjang rimas taw",haha...

    Kerana driver bas tu lama sangat kat bawah,aku pun turun sekali bukan untuk menolong,tapi untuk menghisap rokok filter yang dirahsiakan namanya dan pergi membuang air kecil.Aku lepak la dekat tepi-tepi jalan sambil melihat gelagat orang yang ingin ke Kuala Terengganu,orang muda kalau dah ramai-ramai pastilah riuh.Kalau orang tua,macam aku lah,RILEX sorang-sorang dan kalau perempuan pula malu-malu.

   "Akupun tak tau lah apa yang hebat sangat dengan aku ni sampai semua perempuan malu dengan aku",teringat aku ayat Lam selalu gunakan ketika kami bercerita tentang GADIS-GADIS.Aku tersenyum seorang diri,berbatang-batang rokok aku habiskan namun bas tak jalan-jalan lagi.

  Akhirnya bas sudah berjalan,ini kerana akibat tidak di servis sebelum memulakan perjalanan,BODO punye driver.Sebabnya minyak "power stering" habis,"lain kali servis awal-awal sakai" aku bermonolog sendiri dengan muka yang mengantok.Tak sampai 10minit aku terlelap dan bila aku terjaga aku berada di sebuah tempat yang aku tak duga,PAKA!!Ini pun kerana bas itu hampir kemalangan di depan balai polis Paka.Aku terkejut melihat destinasi yang aku hendak pergi sudah terlepas berbatu.Aku terus bertanya dengan driver,"bang KEMAMAN da lepas ke??",aku buat-buat tanya supaya boleh bertambah benci aku dekat dia.

   Aku pulak kene maki,sial punya punya orang dan aku terus minta berhenti di Paka.Tempat yang
aku turun tidak semengah kerna tempat itu betul-betul gelap gelita.(bersambung)

No comments:

Post a Comment