Sunday, February 13, 2011

rm300 kepada rm 500+ cover (Pertama Sogo)

  
    Hujan mula lebat bermula jam 7 malam,kami berempat masih di sebuah restoran.Sewaktu kami di restoran tersebut kami membuat pekara yang melebihi batas.Keseronokan yang dikejar sehingga tidak mengambil kira tentang dosa dan hati hamba Allah tersebut.

   Jiwa remaja yang hanya mengejar duniawi tanpa mengira perihal orang lain dan ya kami remaja yang tidak kuat tentang agama.Semasa kami memesan air minuman tersebut,pelayan tersebut mempunyai kecacatannya.Aku yang membuka cerita untuk memerli pelayan tersebut dengan menggelar "Pertama Sogo".

   Pertama dan Sogo merupakan pasar raya yang bersebelahan.Apabila kita melalaui tengah-tengah jalan tersebut pasti kita akan terpandang Pertama dan Sogo.Namun dengan menoleh ke kiri dan kenan,tapi pelayan itu tidak memerlukan tolehan dan boleh melihat kedua-dua tempat kerana beliau dia mengalami kecacatan di mata,juling.Dimulakan dengan aku diganti oleh Aasim disambung dengan Lam dan disudahi dengan Zul.

   Kesukaan kami di luar jangkaan,kami gelak sehingga riuh rendah restoran tersebut.Namun dalam kesukaan kami menghina ciptaan Allah yang maha KUASA,kami telah diberi amaran dengan dentuman guruh yang dahsyat kuatnya,sekali kami menghina sekali itu berbunyi di langit.Sekalipun azan telah berkumandang di surau berdekatan kami terus melakukan dosa tersebut.

   Kemudia aku mencadangkan untuk pergi ke Cambell yang terletak berhampiran dengan Pertama dan Sogo.Tujuan hendak ke sana hanyalah untuk mencari duit poket yang sudah kering dan menunjukkan ciri-ciri kemarau.Jaket owh jaket.

   Semasa hendak menghidupkan enjin kereta aku merasakan seperti ada suatu pekara yang tak sedap akan berlaku.Ianya benar terjadi apabila perjalan ke pusat bandar di Jalan Kuching,hujan lebat membuatkan kereta begerak perlahan dan aku macam biasa sentiasa sukakan kelajuan dan membawa padah apabila Myvi di hadapan kereta aku brek kecemasan."Jan,jan,jan...!!!"jerit Lam kerisauan.
Aku yang agak dekat dengan kenderaan berkenaan telah melanggar Myvi berkenaan.

   Kemalangan tersebut telah menyebabkan Kancil aku jahanam di bahagian hadapan.Bumper,lampu hadapan,radiator,bonet hadapan dan pintu bahagian kiri musnah.Myvi tersebut hanya bercalar dan longgar sedikit.Keadaan jalan tersebut dengan sekejap bertukar menjadi sangat sesak maklumlah Malaysia mempunyai ramai rakyat yang perihatin.Mujur kami tidak mempunyai kecederaan.

   Detik aku ingin kemalangan baru aku menyebut kalimah Allah dengan sepenuh hati.Itu dia kita manusia akhir zaman dibalas dengan sekejap.Allah Maha Besar.Kes aku diselesaiakan oleh seorang insan yang begelar bapa.Encik Abbas yang sedang berehat di rumah terpaksa turun ke tempat kejadiaan.Aku mengaku itu silap aku.Aku meminta maaf kepada bapa aku dan rakan-rakan aku kerana melibatkan mereka.

   Bapak aku meninggalkan satu pesanan yang cool,iaitu "kalau ujan tak yah brek-brek, langgar terus".Aku dan rakan-rakan aku tergelak mendegar nasihat bapa aku.Kancil masih lagi berjalan dan Encik Abbas mengajak kami minum di Jalan Ipoh sambil menonton kejayaan Malaysia menentang Hong Kong 2-0.

   Moral dalam cerita aku ni "jangan menghina kekurangan orang lain","ingatlah kuasaNya" dan "memandu dengan berhati-hati,lebih-lebih lagi ketika hujan".

Setiap perjalanan ada hikmahnya...
jumpa dalam entry "Kuala Lumpur menghadap Jepun "

2 comments: