Wednesday, March 9, 2011

A B C


Petang yang selesa,tak terlalu panas dan angin yang syahdu.
Tekak pun mula la nak telan ABC,satar,goreng pisang(pisang gorang) dan macam-macam lagi lah.Walhal baru je lepas makan nasi ni.

Mesti lupa nak bagi salam,haish..muz,muz..(padahal saje je nak bagi intro dulu)
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
urmm..

Aku tak ada topik nak dibentangkan kali ni sebenarnya,
tapi ada satu benda yang aku boleh kongsi dengan semua.
Sedikit pasal aku.

Aku Muzaffar Abbas seorang yang pelik-pelik.
Tapi cara aku senang sahaja
aku akan mesra dengan semua orang yang mesra dengan aku.
Aku dari dulu memegang konsep yang dididik oleh Ibu aku.

Ibu aku selalu cakap,
"Along,kita kalau nak orang suka dengan kita senang je."
Aku bertanya kembali kepada Ibu.
"Macam mana Ibu?"
Ibu menjawab ringkas.
"Kita kene pandai bawak diri"
Ibu tersenyum dan menmbah satu lagi ayat.
"Kita hormat orang hormat kita"

Aku memegangnya sehingga hari ini,mungkin kerana itu orang akan senang dengan aku.Kebanyakan orang melayu kini tidak pandai menghormati orang lain.Cara timur sudah kurang,adab macam tak pernah di ajar dan selalu memandang cara gangster macam dia sudah mencapai sebuah pencapaian yang sangat tinggi.(kau tak hensem tak payah nak pandang-pandang aku macam gay,hahaha)

OK,sudah!
Nak pergi beli ABC la,
tapi macam baju belum basuh je.
Sat lagi lepas makan ABC la.

p/s=jumpa dalam entry seterusnya,terima kasih kerana sudi membaca. :)

No comments:

Post a Comment