Thursday, March 10, 2011

Jiwang petang!Tak cool weyh!

Ada satu persoalan yang masih belegar-legar di ruang otak ini.

Persoalan ini bagi aku keras,sangat keras.Ia boleh membuatkan aku diam dan termenung bila memikirkannya.Aku sedar bahawasanya aku memang tidak layak untuk kau,tapi berikanlah aku sedikit ruang seperti ruang yang kau berikan kepada aku dahulu.

Aku tahu engkau bukan aku yang punya,tapi dosakah aku untuk menemani kau tidak kira keadaan perasaan kau waktu itu.

Aku melihat engkau tidak lagi seperti sebelum ini,aku seperti sahaja dibiarkan dalam keadaan terpiga-pinga.Kau seperti sahaja memberikan alasan bagi mengelak aku.Apa salah aku?

Apakah aku ini hanya tempat kau mengadu dikala resah dan bila kau sudah tenang kau tidak memerlukan aku.Wahai "hati" aku beharap kau kuat dan tenang untuk esok dan hari-hari yang seterusnya.

Kita tidak layak untuk disayangi sekarang,mungkin esok atau lusa,mungkin ada yang menyerikan kita.Kau sabar ya "hati".Aku kuat sebab kau kuat.Dan satu je harapan aku,

Aku beharap Allah akan mengampuni dosa-dosa lama aku yang hanya mempergunakan perempuan dan bercinta bukan kerana hati.

Kecewa aku dahulunya (2 tahun lepas) membuatkan aku merasakan sukar untuk aku menyayangi seseorang atas nama cinta.Kerana itu aku membalas dendam.Tetapi sekarang tidak lagi.Bila aku sudah mula aku menyayangi seseorang,orang itu akan ku sayangi tidak kira apa keadaan sekalipun.

Aku tercari-cari di manakah dikau,
Aku tertunggu-tunggu kemunculan dikau,
Apakah keadaan di sebelah sana?
Adakah tidak sedikit pun memikirkan aku?

Berikanlah satu kata yang boleh membuatkan aku teguh.
Tolong aku...

arghhh....
Aku seperti tidak beseri..
:(

2 comments: