Friday, October 29, 2010

"sesuatu yang belegar-legar di fikiran "

 Jam di dinding aku sudah menunjukkan pukul 6.20pagi.
Ayam berbalas-balas kokokan,terasa seperti di kampung belah mak aku pulak.haha..Kawasan aku sewa di Bakau Tinggi kawasan perkampungan,best tapi banyak nyamuk di sebelah malam.Dari tadi aku cuba memejamkan mata aku,namun tidak berjaya,walhal aku sangatlah mengantuk.

Aku merasakan seperti ada sesuatu yang belegar-legar di fikiran aku.Entah la.
Aku try detect,tak jumpa-jumpa jugak.haha.

Mari kite menaip.

Si Dia,

Keadaan di dalam bas sesak dan sangatlah panas.Aku terpaksa berhimpit-himpit di celahan manusia yang berpeluh-peluh.Ini kerna matahari memancarkan sinarnya dengan penuh semangat,penumpang-penumpang bas merungut kepanasan.Ada yang merungut,merengek kepanasan,ada yang marah serta maki dan ada yang cool je.haaa..hahaha..
Aku dapat mersakan seperti berada di dalam ketuhar,tak payah ketuhar sangatlah,hahaha..panas wok.
Keadaan menjadi sangat panas apabila driver bus lambat menggerakkan bas.Tapi cube bayangkan dia bagi orang naik,orang da penuh,tapi dia tetap tak nak gerakkan bas.
Dia hisap rokok kat luar.
Sakit hati saye.Arghhh.....
Pastu dia naik atas boleh pulak perli.,macam ni ayat dia,
"neraka lagi panas,ni baru dunia"
pergh...tebakar dengar dia cakap macam tu..
nanti ada yang kene belasah jugak ni.
Benda yang dia cakap tu ada betulnya,tapi tengok lah dia macam mana.Kalau dia baik den tak kesah,ni keje nak menggatal dengan student perempuan,nak pegang-pegang.GELI MAT.

Woooo...Aku da tesasar jauh ni daripada cerita aku.hahaha..
Waktu tengah berhimpit-himpit bak IKAN SARDIN TIN,aku terpandang SI DIA.
Entah kenapa jantung aku berdegup dengan kencang ,mata aku terus memandang DIA.
Panas aku yang membuak-buak tadi seperti sahaja hilang,bertapa sejuknya mata,hati,jiwa dan raga aku.
Kedua-dua biji mata aku terus memandang tajam ke arah DIA.
Dia seperti sahaja perasan aku melihat dia,aku terus sahaja berpaling ke tempat lain.
Aku ni pemalu orangnya,hahaha..

Kenapa??
Perasaan aku seperti ini..Jarang sangat perasaan aku seperti ini.urm..
Aku hanya meletakkan DIA sebagai gadis idaman aku.Aku agak lemah dengan perempuan yang aku minati.Kalau boleh aku mahu sahaja rapat dengan DIA,berbual dengan DIA,luangkan masa dengan DIA.
Macam-macam lagilah,salah ke kalau aku kata aku sukakan DIA.Salah kot,sebab aku perasan da ni,haha.

Cerita ini bukan semalam atau  kelmarin mahupun hari ini.Aku melihat SI DIA kali pertama sewaktu aku di semester satu.Sekarang aku sudah mengorak langkah setapak kehadapan.Ehemehem...
Aku sudah memiliki laman sosial dia.yeaaaaaaaaa...
Keesokan harinya setelah aku bersembang dengan DIA,aku terserempak di kolej,waktu itu aku menjadi sangat tak keruan,aku buat-buat melihat kad matrik aku,pandang tempat lain sebelum kami lebih dekat.Semasa sahaja kami rapat aku tidak mampu untuk membuka mulut,dan aku terus senyum dan berlalu pergi.Hati aku bersorak kegembiraan.Mungkin dia tahu hati aku cakap apa,hahaha

Aku harap sahaja kami DEKAT SELALU..

rasa-rasa lah kan,dia rasa sama ke macam aku rasa??
lalalalala...
so sekarang mata aku da rabak sangat da ni,habis juga coretan aku..
da habis...

krohhhh,krohhhh,krohh..(dengkuran paradikma)hahaha



2 comments:

  1. wow..
    nice entry..
    good one!
    keep on writing okay!
    im waiting for ur next entry!
    heeee
    (:

    ReplyDelete
  2. hehehe...
    biase2 je..
    urm..
    wahh..
    thnks...
    :)

    ReplyDelete