Monday, February 21, 2011

Makna Mimpi Itu (bahagian 1)



 "Zaf janji Zaf tak akan tinggalkan Ila lagi walau apa jua keadaan"....

Zaf terjaga dan mengucap panjang,seperti sahaja air jernih begenang di matanya.Walaupun dia seorang yang tabah dan kuat semangat,jika ada berkaitan dengan orang yang dia sayangi pasti dia akan tersentuh.Dia bangun dari katilnya sambil mengikat rambut kemas serta mencapai tuala.

Selepas dia membasuh muka,dia duduk dan berfikir sambil membakar rokok.Sang mentari sudah menyinari ruang dapur,kedengaran bunyi burung-burung menyanyikan iramanya tersendiri dan kelihatan pokok-pokok melambai sayu di muka tingkap.

Sama dengan jiwanya sekarang yang murung dan teretanya-tanya apa makna mimpinya tadi.Zaf membancuh secawan Nescefe 3 in 1,dan menghirup dengan perlahan.Dia masih lagi dalam keadaan gelisah walaupun dua pekara yang baru sahaja dia lakukakan tadi adalah ketenangan.

"Owhhh,patut lah...haha..,"

Dia terlupa satu benda yang selalu menjadi peneman hidupnya ketika sunyi,gembira mahupun berduka seperti sekarang.

"Nyawa owh nyawa,where are u??I miz u lah gila.."

Zaf pergi ke arah biliknya dan mengambil tempat dia mengadu,iaitu sebuah buku nota kecil yang dihiasi dengan sticker Obey dan ada conteng-conteng dengan marker pen yang menulis "AKU BUKAN JAGUH KAMPUNG".

Dia mula membuka lembaran baru untuk menurukan tanda soalnya di diarinya itu.Zaf atau nama penuhnya Zafrul Nizam B Haji Sulaiman bekerja di sebuah sektor swasta sebagai seorang pegawai bank.Dia baru sahaja mula bekerja di bank berkenaan dua bulan dan sudah setahun menerima segulung ijazah dari UPM.Zaf mendapat kepujian dalam kosnya iaitu pengurusan akaun.

Kedengaran lagu kesukaannya berkumandang dengan lembut dan syahdu.Matahari seperti sahaja terpancar di atas meja kerja yang terletak di dalam bilik membacanya.Matahari tersebut seperti memberikan petunjuk untuknya mentafsir mimpinya semalam.

Dia memulakan coretan dengan menarik-narik rambutnya kedepan dan memakai kaca mata.Dia cuba mengingati mimpinya semalam.

Jaguh owh Jaguh,
Mari kita selami mimpi aku semalam,

Keadaan gelap kemudian diterangi cahaya di satu sudut,aku mengikut gerak hati dan mula berjalan di situ.Keadaan waktu itu sunyi sepi dan sedikit dingin,angin mula bertiup perlahan.Pakaian aku waktu itu sungguh kemas,sepasang taksedo bewarna putih dan rambut aku tersisir rapi.

(bersambung)

2 comments: